Netizen Mempersoalkan Kenapa Jarum Biru Disuntik Pada PM Pada Mulanya Tetapi Berubah Menjadi Jingga, Ini Penjelasan Doktor

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech semalam. Untuk pengetahuan anda, program vaksinasi telah bermula secara rasmi di Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Walaupun program vaksinasi berkenaan menerima sambutan baik daripada rakyat Malaysia, golongan antivaksin ternyata mempunyai pandangan berbeza.

Selain tidak percaya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan vaksin tersebut, ada juga yang mendakwa proses vaksinasi berkenaan hanya sekadar hiasan walaupun ia disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan kenapa jarum tersebut berwarna biru pada mulanya tetapi ia kemudian berubah menjadi jingga.

Untuk menjawab persoalan tersebut, Dr. Fahkrul Radzi menjelaskan bahawa jarum biru digunakan untuk menyedut ke dalam picagari. Jarum berwarna jingga itu pula adalah untuk menyuntik pesakit.

Tambah beliau lagi, jarum tersebut akan dibuang dan tidak akan diguna semula. Jarum yang digunakan untuk menyedut ke dalam picagari dan dicucuk ke badan juga mempunyai saiz yang berbeza.

Doktor akan menggunakan jarum dengan saiz yang besar untuk menyedut dari botol manakala yang halus pula adalah untuk menyuntik ke badan penerima vaksin.

Apa pendapat anda tentang isu yang dibangkitkan oleh golongan antivaksin ini? Sudahkah anda mendaftar untuk menjadi penerima vaksin COVID-19?

kredit i am lejen

Artikel Berkaitan   Kalau Betul Nak Bahagia Lepas Kahwin Jangan Tinggal Dengan Ibubapa Atau Mertua, Wanita Ini Dedah Sebabnya!