“Wajib Putus Dengan BERSATU!” Ku Li Gesa Semua Ahli UMNO Berpaling Tadah Daripada Menyokong BERSATU

SHAH ALAM – Majlis Tertinggi (MT) UMNO diminta untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum Parlimen bersidang pada Mac ini.

Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, gesaan itu mesti dilakukan mengikut semangat dan kehendak perwakilan 147 Bahagian UMNO di seluruh negara sebelum ini.

“Majlis Tertinggi mesti mengadakan mesyuarat tergempar memutuskan supaya kesemua ahli-ahlinya wajib memutuskan kerjasama dengan Bersatu mengikut semangat dan kehendak Perwakilan 147 Bahagian UMNO,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Selasa.

Tengku Razaleigh atau Ku Li dalam kenyataan sama turut menggesa MT UMNO wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malah Ahli Parlimen Gua Musang itu turut meminta ahli-ahli Parlimen daripada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) turut sama mengundi menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   [VIDEO] Pengunjung Ini Berjaya Merakam Burung Yang Terus Mati Akibat Jerebu Yang Teruk Di Sumatera