“Walaupun Kerajaan PN Dapat 2 Sokongan Ahli PKR, Ia Tetap Minoriti, PH Tetap Ada Sokongan Lebih”

PORT DICKSON – Kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Kabinet masih lagi bersifat minoriti walaupun dua ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan Perdana Menteri itu jauh ketinggalan berbanding sokongan diterima Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, Muhyiddin tidak mempunyai sebarang kelebihan, sebaliknya masih lagi bersifat minoriti.

“Memang benar hak mana-mana ahli Parlimen itu untuk memilih, namun saya dapat maklumat ada tekanan lain. Jangan gunakan tekanan luar sebagai ‘tarik tali’ untuk menekan mereka supaya melompat parti lain. ini adalah cara yang tidak beretika dan paling bankrap politik.

“Dengan kemasukan dua orang ahli Parlimen ini, dia tetap minoriti. Jangan salah faham, jumlahnya jauh kecil daripada kita,” katanya selepas merasmikan pembukaan Hotel Pacific Regency di sini pada Selasa.

Ketika ditanya mengenai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu menyertai PKR, Anwar berkata, perkara itu perlu mendapat rundingan bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Menurutnya, beliau telah meminta supaya perkara tersebut dibincangkan bersama Mohamad dengan cara baik.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pihaknya telah memberi amaran kepada Perdana Menteri bagi membolehkan Parlimen bersidang setelah mendapat perkenan Yang di-Pertua Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Yang di-Pertua Agong telah perkenan supaya memberi ruang Parlimen bersidang. tetapi sampai sekarang tiada jawapan daripada pihak kerajaan,” katanya.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   “Sorry Sayang I, Terima Kasih Sebab Memahami” Mira Filzah Sedih Tak Dapat Banyak Bersama Suami Makan