Gara-Gara Pemalas Lelaki Ini “Menculik Diri Sendiri” Dan Merancang Penculikan Diri Sendiri Dengan Mengikat Diri

Seorang pekerja syarikat tayar sanggup berpura-pura diculik semata-mata ingin mengelat kerja, di Arizona, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Dalam kejadian di Coolidge itu, pihak polis pada mulanya menerima satu panggilan kecemasan mengatakan terdapat seorang pemuda terbaring di bahu jalan dalam keadaan tangannya diikat.

Mereka kemudian menghantar anggota untuk melihat keadaan dan menemui ‘mangsa’ terbabit.

Oddity Central melaporkan, ‘mangsa’ dikenali sebagai Brando Soules, 19, memberitahu, dia diculik dua lelaki bertopeng yang memukul kepalanya dan dihentak hingga tidak sedarkan diri sebelum ditinggalkan di situ.

Bagaimana pun, cubaan menipu polis tidaklah semudah yang disangkakan kerana siasatan mendapati keterangannya agak bercanggah selain didapati semua dakwaan itu rekaan semata-mata.

“Mula-mula, dia memberitahu terdapat dua lelaki bertopeng menculik dan menghentaknya di kepala sebelum ditinggalkan di situ.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pemuda itu sebenarnya hanya mereka cerita kerana tidak ada serangan atau penculikan berlaku,” kata polis dalam kenyataan.

Soules mendakwa, penculik terbabit ingin mendapatkan wang milik bapanya yang disorok di sekitar bandar itu namun polis tidak menemui sebarang bukti.

Rakaman kamera pengawasan mendapati keterangannya bercanggah sebelum dia akhirnya mengakui sebenarnya mengada-adakan cerita.

Dia mengaku terdesak untuk mengelat kerja hingga terpaksa merancang penculikan sendiri dengan menyumbat kain ke dalam mulut serta mengikat tangan menggunakan tali pinggang.

Pemuda itu kemudiannya berbaring di bahu jalan hingga seseorang ternampak dan menghubungi polis untuk ‘menyelamatkannya’.

Dia ditahan polis kerana membuat laporan palsu dan dibuang kerja dari syarikat terbabit.

kredit freeMalaysiatoday

Artikel Berkaitan   Kisah Remaja Autisme, Hidup Dalam Dunia Sendiri Macam Penjara Tapi Bahagia, Sampailah Satu Hari Adiknya Meninggal..