Terima “Surat Cerai” Daripada UMNO Secara Tiba-Tiba, Ini Respon Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan parti itu akan mengeluarkan kenyataan berhubung hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berakhir sebentar tadi.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan rasmi,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya mesyuarat MPT Bersatu di Hotel Everly di sini pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengeluarkan kenyataan berhubung hasil mesyuarat itu. mesyuarat MPT Bersatu berlangsung lebih empat jam bermula 3.30 petang.

Mesyuarat itu antaranya membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan UMNO yang juga rakan kerjasamanya di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini susulan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Surat bertarikh 26 Februari berkenaan juga menyatakan kebersamaan UMNO dengan Kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   Kanak-Kanak Alami Gangguan Kesihatan, KKM Kuatkuasakan Semua Garam Perlu Tambah Iodin Sebelum Dijual