Hishammuddin Hussein Kongsi Gambar Menggamit Memori, Ada Yang Kata Macam Iras Orang Turkey

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkongsi foto wajahnya ketika zaman remaja di media sosial.

Tidak pernah mendedahkan di mana-mana ruangan sebelum ini, wakil rakyat Sembrong itu memuat naik dua foto hitam putih dirinya ketika muda yang diambil di Kedai Foto Lucky di Kuala Kangsar, Perak.

“Saja nak kongsi gambar lama.

“Ada kawan lama WhatsApp gambar-gambar saya masa muda, tersenyum sorang-sorang dibuatnya,” catatnya di Twitter.

Memuat naik hantaran tengahari tadi, warga Twitter di ruangan komen memuji wajah muda Hishammuddin.

Menjawab salah satu pertanyaan, Hishamuddin berkata foto pertama adalah dirinya ketika berusia antara 11 hingga 12 tahun.

“Terbaik Datuk Seri. Kacak bergaya sehingga kini,” catat @hfz_azman.

“Nampak wajah iras orang Turki,” catat @1mran2uah.

“Hampir tak dapat cam,” kata @itismypoint.

Ada juga yang mendakwa kedai foto di Kuala Kangsar itu masih wujud sehingga ini dan menjadi legenda.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Wanita Perlu Baca! 5 Bukti Si Dia Cintakan Anda Kerana Allah S.W.T.