Serangga Yang Paling Ditakuti Oleh Rakyat Amer1ka Bakal Menetas Selepas 17 Tahun “Menghilang”

Selepas 17 tahun, rakyat di Amerika Syarikat akan berdepan dengan suasana bingit pada bulan Mei depan selepas sejenis riang-riang akan menetas dari telurnya. Spesis riang-riang atau cicada ini dijangka bersaiz besar dan dipanggil dengan nama Brood X. Ia pertama kali menetas dalam tempoh 17 tahun dan terjadi pada musim bunga yang semakin hangat dan mencapai pada paras suhu tertentu.

Tersembunyi dalam tanah dan di celah-celah akar pokok, Brood X ini akan merangkak keluar, bersalin kulit dan mencari makanan serta mengawan. Menurut Dr Jessica Ware, kurator zoologi invertebrata dari American Museum of Natural History, New York, berkemungkinan besar pemulaan penetasan berbilion riang-riang itu bermula sekitar 13 Mei depan. Maka, bulan Mei itu juga bakal menjadi bulan yang bising disebabkan dari riang-riang berkenaan.

Spesis riang-riang jantan akan menghasilkan bunyi yang kuat dan nyaring, bertujuan menarik perhatian pasangannya sebelum mengawan. Meskipun begitu, Jessica berkata spesis riang-riang tersebut tidaklah bahaya kerana ia akan menjadi sumber makanan bagi burung, haiwan dan juga serangga lain. Kali terakhir Bood X muncul adalah pada 2004.

kredit syok

Artikel Berkaitan   "Selalu Buat Goreng Pisang Tak Cukup Rangup, Ouhh Rupanya Ini Sukatan Tepung Yang Sebenar"