Untuk seorang wanita berusia 32 tahun di Norwich dekat Cheshire, dia akan selalu elakdaripada membuat “eye contact” dengan orang setiap kali keluar. Wanita ini akan pengsan apabila melihat lelaki kacak. Memetik laporan, Kirsty Brown telah didiagnos dengan cataplexy iaitu kelumpuhan otot secara tiba-tiba berpunca daripada emosi kuat seperti ketawa, gembira, takut atau marah.
Untuk pengetahuan anda, keadaan ini selalunya berkaitan dengan narkolepsi iaitu gangguan tidur dan serangan otot ini akan berlaku kurang daripada dua minit. Atas sebab itu, Kirsty terpaksa menundukkan wajahnya di tempat awam. Hal ini demikian kerana kakinya akan lemah sekiranya ternampak seseorang yang menarik perhatiannya.
Jadi, dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak berada dalam situasi ini. Sekiranya tidak dapat nak elak, dia akan tundukkan wajah. Secara purata, ibu kepada dua orang anak ini akan diserang 5 kali cataplexy sehari tetapi adakalanya akan diserang sehingga 50 kali sehari. “Saya selalunya tidak akan cukup tidur kerana ia merupakan masalah gangguan tidur. Sekiranya terlalu penat, saya akan diserang lebih kerap daripada biasa,” jelasnya.
Disebabkan takut pada ketinggian, Kirsty boleh diserang cataplexy sekiranya berada di kawasan yang bertangga. Dalam pada itu, wanita ini difahamkan telah dilahirkan dengan genetik narkolepsi dan pernah cedera di kepala pada usia sembilan tahun ketika bermain dengan rakan. Ia telah menyebabkan gangguan awal pada otaknya.
Walau bagaimanapun, Kirsty tetap akan menghidap cataplexy walaupun dia tidak cedera pada waktu tersebut. Wanita itu turut menyifatkan seperti ada lintar pintas dari otak ke otot setiap kali diserang. Apabila ia berlaku, wanita itu tidak dapat kawal otot kakinya.
kredit iamlejen