Lelaki Cenderung Dapat K4nser Payudar4 Dan Akan Lebih Cepat Teruk, Beri Perhatian Wahai Kaum Adam

Kajian mendapati bahawa lelaki juga cenderung untuk menghidap penyakit kanser payudara, bahkan sel tersebut juga dikatakan bertindak lebih agresif terhadap mereka berbanding wanita hingga mampu menyebabkan maut.

Menurut Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi, secara puratanya, dianggarkan sekurang-kurangnya seorang pesakit lelaki didiagnos dengan penyakit kanser payudara setiap tahun.

Lanjutnya, sebanyak 10 pesakit kanser payudara yang terdiri daripada golongan lelaki telah dikenal pasti di Kelantan dalam tempoh 10 tahun yang terakhir namun hanya seorang yang masih bertahan dan kekal meneruskan rawatan susulan berkala, manakala yang lain telah meninggal dunia selepas setahun menghidap penyakit tersebut.

Sering kali, masyarakat mempunyai stigma bahawa penyakit kanser payudara hanya menyerang golongan wanita sahaja, sedangkan pada hakikatnya, golongan lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit tersebut.

Terang Dr Imi Sairi, “Kebanyakan daripada mereka datang mendapatkan rawatan ketika kanser berada dalam keadaan teruk iaitu pada tahap tiga dan empat.”

Sementara itu, lebih 8, 000 pesakit kanser payudara yang terdiri daripada kedua-dua golongan wanita dan lelaki telah dikesan setakat 2020.

“Kebanyakan daripada mereka datang mendapatkan rawatan ketika kanser berada dalam keadaan teruk iaitu pada tahap tiga dan empat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, “Memang tidak dinafikan, pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah mereka yang membuat pilihan terakhir selepas mendapatkan rawatan dengan bomoh secara ‘belah batin’ dan minuman penawar yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit itu.

“Dalam masa sama, masyarakat juga perlu peka dan berhati-hati dengan sebarang produk atau suplemen serta klorofil untuk mengubati kanser, tetapi sebenarnya produk itu boleh merangsang pertumbuhan sel kanser,” katanya.

Artikel Berkaitan   Wanita Yang Dikenali Shima Ini Menderita Seumur Hidup Apabila Memilih Suami Introvert, Akibatnya Ini Yang Berlaku

kredit syok