Youtuber Terkenal Dari 4merika Sanggup Buat Kerja Gila Duduk Dalam Kubur Selama 50 Jam

Seorang lelaki yang juga YouTuber di Amerik4 Sy4rikat melakukan kerja ‘gila’ apabila berseorangan selama 50 jam di dalam keranda. Akhbar melaporkan lebih mengagumkan apabila MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy D0naldson sanggup membiarkan keranda itu di tanam dalam tanah sepanjang tempoh berkenaan.

“Ini kerja paling gila pernah saya lakukan,” tulisnya pada kapsyen ringkas pada video yang dimuat naik di YouTube. Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas D0naldson memuat naik video berkenaan di saluran YouTubenya yang sehingga kini meraih lebih 56 juta tontonan.

Menerusi video itu, kelihatan D0naldson masuk ke dalam keranda. Dia dibekalkan dengan makanan, minuman, bantal, selimut, kamera dan walkie-talkie. Walkie-talkie itu digunakan untuk berhubung dengan rakannya yang membantu menjayakan misi berkenaan.

Cabaran itu nampak serius kerana selain ditanam, rakan D0naldson turut meletakkan batu nisan di atas ‘pusara’ YouTuber itu. Dalam video berdurasi 12 minit 39 saat itu, salah seorang rakan lelaki itu turut berkongsi bagaimana D0naldson bernafas di dalam keranda berkenaan.

Pegawai perubatan turut ditempatkan di situ untuk bersiap sedia memberi bantuan kecemasan, sekiranya perlu. Perkongsian Donaldson itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan sebahagiannya memberi pujian atas usaha dan keberaniannya. “Satu-satunya YouTuber yang mengekalkan identitinya,” tulis seorang netizen.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Kan PAS Pun Hebat, Mengakui Akan Ketokohan Azmin Dan Hamzah” Veteran UMNO Tuduh BERSATU Tidak Minat Bantu Rakyat