Mulut Sering Berbau Walaupun Baru Sahaja Bersihkan, Ini 10 Cara Hindari Keadaan Tersebut

Mulut berbau merupakan satu masalah yang mungkin dihadapi oleh segelintir orang. Ia bukan sahaja menyebabkan hilang keyakinan diri, malah ia turut menggangu orang sekeliling.

Bagi mengelakkan ia daripada menjadi masalah kepada kita dan orang sekeliling, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah berkongsi tips dan cara untuk mengelakkan daripada mulut berbau. Berikut adalah 10 cara mengindari masalah mulut berbau:

  1. Berus gigi (2 kali sehari)
  2. Pemeriksaan gigi di klinik (6 bulan sekali)
  3. Rawatan penskaleran & tampalan.
  4. Elak rokok dan alkohol (menyebabkan mulut berbau)
  5. Kurangkan makanan berbau kuat.
  6. Elak mulut kering (minum air mencukupi)
  7. Bersihkan gigi palsu (setiap hari)
  8. Pencuci mulut (yang disyorkan oleh doktor gigi)
  9. Flos gigi (sehari sekali)
  10. Gosok lidah (setiap kali memberus)

kredit era

Artikel Berkaitan   8 Penyakit ini Boleh Sembuh Hanya Berjalan Kaki