“Upload” Foto Sedang Berendam Dalam Sebuah Tong Air, Ini Luahan Mila Jirin Kepada Nonny Nadirah

Selepas penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah, memuat naik sebuah gambar seksi dan tidak memakai hijab lagi, Nonny menimbul kontroversi apabila dia memuatnaik foto sedang berendam dalam sebuah tong air. Penampilan mencolok mata itu dimuat naik di akaun Instagram, foto tersebut memperlihatkan dari sisi belakang Nonny mengenakan kaca mata hitam dalam keadaan mengaibkan.

Hantaran itu hanya menulis ‘Soap’ di ruangan kapsyen. Bagaimanapun ruangan komen pada hantaran itu telah dinyahaktif oleh Nonny. Namun, hantaran itu membuatkan sahabatnya, Mila Jirin meluahkan rasa kecewa dengan perubahannya itu.

Menerusi tulisan Mila dalam sebuah hantaran di Instagram, dia meluahkan rasa kecewa selepas terima kecaman dan maki hamun dari netizen kerana menegur Nonny secara terbuka baru-baru ini. Dalam hantaran itu, Mila hanya mampu mendoakan supaya Nonny yang sebelum ini tampil berhijab untuk kembali ke jalan yang sepatutnya.

“Aku hanya mampu mohon Allah jentik hati kau kembali ke landasan. Aku tak baik, tapi aku dah cuba sebaik-baiknya tarik kau! Tapi, hari ini aku tahu, hanya aku sayang kau sebagai sahabat. Tetapi, tidak kau! Kau tak peduli pun sahabat kau! Nasihat orang yang sayang kau!

“Syabas, kau dapat semula populariti. Ingat Nonny. Populariti di dunia ini belum tentu dapat bawakan sepinggan nasi kepada kau! Assalamualaikum,” tulisnya. Sebelum ini, Nonny padamkan gambar mencolok mata di Instagram selepas menerima beberapa nasihat daripada orang ramai termasuk Mila, tapi Nonny kembali memuat naik gambar terbabit tanpa diketahui tujuan sebenarnya.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Itu Anak Saya. Tak Sangka Pula Ada Yang Ambil Gambar Dan Sebarkan Untuk Mempersenda Fizikal Abang Saya.