Nak Hargai Jasa, Anak Sambut Hari Kelahiran Bapa Dengan Tiup Belon Plastik Undang Sebak Netizen “Walaupun Tidak Mampu Tapi Bahagia Itu Sederhana”

Biasanya kita kerap melihat orang-orang berkemampuan menyambut hari lahir ahli keluarga atau kenalan dengan gantungan belon dan juga sebiji kek sebagai tanda meraikan mereka. Namun, jika kita tidak mampu, rasanya semua keperluan tersebut dikira sebagai pembaziran memandangkan mencari pendapatan sahaja begitu sukar.


Namun, jika niat mahu menggembirakan itu tetap ada, tidak salah menggunakan apa sahaja peralatan yang ada disekeliling untuk memeriahkan sambutan tersebut. Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dari Filipina, dia telah memuat naik inisiatif jirannya yang kurang berkemampuan apabila meniup plastik bekas untuk dijadikan belon bagi digantung sempena hari lahir bapa mereka.

Mereka juga menulis perkataan ‘selamat hari lahir papa’ diatas belon tersebut dan digantung di sekeliling ruang berkumpul di rumah. Tambahnya lagi, kanak-kanak yang juga jirannya itu mengakui tidak mempunyai duit untuk membeli belon dan kek bagi membuat kejutan untuk ayah mereka yang sedang keluar bekerja. Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Melody Silang juga memaklumkan bahawa jirannya telah menggantikan kek dengan telur yang dimasak dan dibentuk seperti kek untuk bapa tersayang.

Melody mengakui usaha mereka begitu menyentuh hati kerana dalam keadaan hidup yang susah, mereka masih lagi mahu menggembirakan bapa tersayang yang sedang berkorban tenaga memberi nafkah buat keluarga. Dari perkongsian yang dibuat pengguna Facebook berkenaan, ramai yang berasa simpati dan terharu dengan kisah kanak-kanak tersebut. Rata-rata mengakui bahawa perkongsian tersebut begitu menginspirasikan mereka dalam kehidupan ini.

kredit borak daily