Buka Seluar Depan Wanita Dalam LRT, Polis Buru Lelaki “Gersang” Buat Aksi Tak Senonoh

PETALING JAYA: Polis Subang Jaya sedang mengesan seorang lelaki yang dirakam melakukan aksi onani dalam LRT Ahad lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Amihizam Abdul Shukor berkata, seorang wanita membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang berlaku sekitar 8.30 malam 4 April lalu.

Beliau berkata, pengadu menaiki LRT dari Alam Megah ke Taman Melawati. Tiba di stesen USJ 21, suspek menaiki kereta api dan duduk bertentangan wanita itu, sebelum mula melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

“Pengadu sempat merakam sebahagian perbuatan suspek tersebut. Sehingga kini, identiti suspek belum diketahui,” kata Amihizam dalam kenyataan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi polis Subang Jaya di talian 03-56210343.

kredit Malaysiapost

Artikel Berkaitan   Surah Ini Mampu Membantu Musnahkan Sel Barah Kanser..Sebarkan Untuk Membantu Orang lain