“Saya Dapat Mendengar Suara Pernafasan Yang Berat” Wanita Jadi Takut Bila Memeriksa CCTV Apabila Melihat Bayinya Melambai Kepada Suara Meminta Tolong

Seorang wanita bertukar menjadi takut apabila dia memeriksa semula kamera CCTV yang diletakkan dalam biliknya dan mendapati bayinya melambai ke arah suara aneh yang berbisik ‘tolong saya’. Akui wanita tersebut di satu laman perkongsian popular dalam talian, pada awalnya dia menanggap suara tersebut hanyalah gurauan yang dicetuskan penggodam sistem kamera.

Namun, dia kemudiannya berubah fikiran setelah menguatkan suara klip tersebut. Tulisnya di laman perkongsian terbabit, “Saya melihat anak perempuan saya melambai ke arah kamera dan menganggap ia sangat comel.” Tapi, dia kemudiannya tersedar sesuatu yang menakutkan.

“Saya melihat lagi kamera pengasuh dan mendengar sesuatu yang mengganggu. Saya dapat mendengar suara pernafasan yang berat…dan saya memainkannya semula dan saya bersumpah saya dapat mendengar seseorang mengatakan ‘tolong saya’.” Tambahnya lagi, kekacauan tersebut tidak terhenti di situ sahaja. Lewat malam itu, lampu di biliknya meletup sebelum dia tidur. Ada antara korang yang pernah melalui pengalaman sebegini?

kredit syok

Artikel Berkaitan   Pasaraya Tiba-Tiba Kecoh Dengan Jeritan Seorang Bayi Yang Tersepit, Jari Kelengkeng Kelihatan Seperti Membengkok.