Baru Sahaja “Kehilangan” Ayah, Video Kanak-Kanak Minta Digendung Selepas Melihat Gambar Ayahnya Buat Netizen Berderai Airmata

Meskipun ramai berkata anak-anak lebih rapat dengan ibu, jangan dilupa tanggungjawab seorang bapa yang berperanan memberikan kasih sayang secukupnya kepada cahaya mata. Malah walaupun si bapa telah pergi menghadap Ilahi, sentuhan dan kenangan tetap berbekas di hati terutama bagi anak kecil yang masih belum cuba mengerti terhadap apa yang terjadi.

Memetik laporan Merdeka.com, situasi tersebut boleh digambarkan menerusi sebuah video tular dalam kalangan netizen Indonesia baru-baru ini yang dikongsi oleh @dhirabesti4 di aplikasi TikTok. Rakaman video berdurasi 34 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memegang erat sebuah buku Yasin yang terdapat sekeping gambar arwah bapanya.

@dhirabesti4

Sabar ya anak gantengnya Amah, inshaAlloh ayah udh tenang disurga 🥺 alfatihah 🤲🏻 #TheNewAlfaGift #JamTerbangTraveloka #fypシ #sedih

♬ original sound – Charli Queen 👑

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu kemudian memuji ketampanan dan seolah-olah meminta didukung oleh bapanya melalui buku tersebut dengan menunjukkan aksi menghulurkan kedua-dua tangannya.

  • “Ayah gendong, gendong, ayah gendong,” kata kanak-kanak tersebut.

Seakan-akan sedar ketiadaan bapanya, si kecil itu terus meluahkan kasih sayang dengan mencium gambar arwah sebelum menutup buku Yasin tersebut.

  • “Ayah dah ayah.. dahhh,” ujarnya sambil melambaikan tangan pada buku berkenaan.

Posting tersebut sekali gus mengundang perhatian warganet yang rata-rata hiba dengan berjurai air mata selepas melihat luahan rindu si kecil itu terhadap bapanya. Bagaimanapun, @dhirabesti4 yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai pemergian suaminya pada tahun lalu itu.

  • Sekarang kita cuma berdua…
@dhirabesti4

Berprasangka baik dengan takdir Alloh 😇 #ManisPedesNgegigit #Baren9anRaisa #PUBGMB3AT #singlemom #fypシ

♬ original sound – Aininwl12 – Aininwl12

kredit borak daily

Artikel Berkaitan   Lelaki Ini Paksa Teman Wanitanya Makan Banyak, Disebabkan Berat Makin Bertambah Wanita Ini Minta Putus Tapi Setelah Diselidik Ini Perkara Sebenarnya