“Apa Yang Saya Cuba Nak Sampaikan Di Sini, Kita Tak Banyak Wang Lagi Yang Tinggal”-Muhyidd1n Yassin-

PUTRAJAYA, 29 Julai -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan khas mengenai pengumuman lanjutan moratorium dan bantuan bersasar di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. “Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.

Saya pergi sekolah tapi saya tak pandai kira how much is that, saya fikir banyak orang Sikh faham, it is more than RM600 billion, that’s big sum of money (ia lebih daripada RM600 bilion, jumlah yang sangat besar),” katanya kepada masyarakat Sikh sempena sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

“What i am trying to say here, we don’t have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal),” katanya. Kita tak ada banyak wang seperti sebelum ini, kerana perkara yang paling penting bagi kita adalah memastikan kehidupan kita; kita seharusnya dapat menguruskan diri dengan lebih baik,”katanya.

Meskipun demikian, Muhyiddin berjanji memperuntukkan RM3 juta untuk semua 120 kuil Sikh di negara ini. Jumlah itu meningkat sedikit berbanding RM2.18 juta pada tahun 2020. Perdana menteri juga mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk Majlis Gurdwara Malaysia bagi membina pusat Sikh.

Pada Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi baru yang digelar Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion. Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelbagai pakej rangsangan, iaitu Prihatin bernilai RM250 bilion, PKS Prihatin (RM10 bilion), Penjana (RM35 bilion), Kita Prihatin (RM10 bilion) dan Permai (RM15 bilion).

Sementara itu, Muhyiddin berharap rakyat Malaysia dapat mengenal sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama di negara ini. “Saya ingin menegaskan bahawa dasar Perikatan Nasional sangat berlandaskan prinsip hormat, inklusif dan keadilan.

Artikel Berkaitan   “Saya Hilang Tempat Mengadu. Sepanjang Hayat, Isteri Tidak Pernah Mengeluh Apabila Kami Dikurniakan Anak Istimewa Ini”

“Oleh itu, penting bagi kita untuk saling mengenal dan memahami keunikan budaya dan sejarah antara satu sama lain,” katanya. Perdana menteri berkata sikap dan tingkah laku yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan kecurigaan di kalangan rakyat harus diketepikan.

kredit tun carlos