Datin 52 Tahun Jadi “Dalang” Pembekal “Ketvm Untuk Pen4gih” Untuk Dijual Di Pasaran

Polis berjaya mematahkan cubaan menyeludup daun ketvm seberat satu tan dan 2, 088 botol ubat batuk yang diketuai seorang wanita berketurunan Siam digelar ‘Datin’ di Jalan Gua Mus4ng-Lojing di sini kelmarin. Dua lagi Geng Datin iaitu lelaki berusia 24 dan 31 tahun turut ditahan bersama empat kenderaan termasuk sebuah lori yang sarat muatan daun ketum yang disembunyikan dalam ladang sawit dekat Pos Blau.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam tangkapan pukul 7.30 petang itu, polis telah menahan seorang wanita memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Alphard yang melalui jalan itu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil soal siasat terhadap wanita berusia 52 tahun itu membawa kepada penemuan empat lagi kenderaan iaitu lori jenis Isuzu, MPV jenis Perodua Alza, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Proton Persona dalam kawasan sebuah ladang sawit.

“Berdasarkan maklumat itu, Bahagian Narkotik dan Jenayah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang telah menyerbu ke lokasi itu sebelum menahan dua lelaki. Bagaimanapun, dua lagi lelaki yang dipercayai pemandu kenderaan berkenaan sempat melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di IPD Gua Musang di sini hari ini.

Choon Foo berkata, sindiket tersebut dipercayai menggunakan lori untuk menjalankan aktiviti perdagangan malah mereka turut dikesan menggunakan tonto melepasi sekatan jalan raya (SJR). Katanya, tugas tonto itu dilakukan oleh wanita berkenaan yang akan berperanan sebagai pemberi maklumat dan berada di sekitar kawasan SJR untuk memerhati pergerakan pihak berkuasa.

kredit kosmo

Artikel Berkaitan   10 Golongan Wanita Yang Dilaknat Allah.. No.2 Paling Banyak Dilakukan Oleh Wanita Masa Kini..