“Eh Comel Je Bilal, Siap Tengok Kiri Kanan Lagi” Video Comel Bilal Bantu Imam Betulkan Mikrofon Raih Perhatian

Menerusi perkongsian video oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz bercerita mengenai kejadian apabila mikrofon yang ada pada bajunya tiba-tiba tidak berfungsi ketika menunaikan solat tarawih baru-baru ini. Menurut jejaka yang berusia 23 tahun itu, dia menyifatkan situasi tersebut sebagai pengalaman ngeri yang berlaku pada tahun ini sepanjang dia menjadi imam. Pengalaman ngeri itu berlaku tahun ini rasanya, imam je yang faham perasaan mic tak berbunyi, dalam hati macam-macam dah fikir ‘macam mana jemaah belakang nak dengar suara aku? pakai suara hati?’

Namun, apa yang menarik di dalam video tersebut ialah seorang pakcik di belakang Furqan menjadi penyelamat keadaan apabila dia menghampiri Furqan dan tolong menekan butang mikrofon supaya ia berfungsi semula. Difahamkan, pakcik berkenaan yang juga merupakan seorang bilal itu pada awalnya terpinga-pinga apabila suara imam tidak didengari dengan kuat.

Lantas, dia mendekati imam dan menekan butang mikrofon yang berada di dalam poket jubah Furqan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum  dengan sifat bilal yang peka dengan keadaan sekeliling dan pantas menekan butang mikrofon tersebut.

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   Tun Mahathir Akui Tidak Mampu Lagi Bertanding Pilihanraya Di Usia 98 Tahun