Suara Zizi Kirana Bertarannum Dan Baca Al-Quran Buat Netizen Terkejut, Rupanya Memang Zizi Kirana Pandai Tentang Al-Quran

Personalitinya yang kini dikenali dengan penampilan yang sopan menutup aurat dan suaranya yang merdu membuatkan namanya disebut-sebut warganet. Baru-baru ini, Zizi Kirana mengalunkan ayat suci Al-Quran beserta tarannum dalam satu video di Facebook dan ramai warganet terpukau dengan bacaannya.

Biarpun video itu baru dimuatnaik hanya dua hari di akaun Facebook Azdan Quranic Center, lebih 17 juta tontonan telah diperoleh hasil perkongsian video tersebut. Rata-rata warganet memuji tindakan Zizi yang memberi inspirasi kepada peminat di luar sana untuk membaca Al-Quran dengan lancar. Antara komen warganet yang terpukau dengan bacaannya seperti;

“Sedapnya suara zizi. Memang tak pelik zizi pandai bertaranum dan berqasidah sebab Zizi memang bekas Ustazah mengaji Quran di Sabah. Lagi pun katanya ayah dia imam masjid disana. Bila kita dah tahu bertajwid keseronokan membaca Qur’an luar biasa.. tahniah Zizi… Sedap bacaan awak.”

Tak Sangka ! Rupanya Zizi Kirana Pandai Bertarannum.

Seronoknya tengok Ustazah Aisyah bertarannum dengan Zizi Kirana ni ! 😍.Jom luangkan masa dengar sedikit perkongsian daripada Zizi Kirana dan Ustazah Aisyah dalam video ini ! ."RAMADHAN DAH TIBA TAPI MASIH LAGI BELUM ADA GROUP TADARRUS❓"😢.Seronoknya Ada Ustaz Ustazah Bimbing Lebih Dekat Belajar Mengaji Sampai Lancar…😍.JOM! Bersama dengan Ustaz Ustazah di Azdan kita khatam Al-Quran secara bersama-sama Ramadhan tahun ini 💪 .Tekan Link di bawah untuk sertai Program Khatam 1 Bulan sekarang👇https://azdan.ordersini.com/rotator/gXB1K0Q8Q2a7/kempenk1bGandakan Pahala dengan Sumbangan melalui akaun di bawah :🐯 5551 0833 2372Maybank(Pertubuhan Azdan Negeri Sembilan)#Khatam1bulan#KeluargaBahagiaBersamaAzdan

Posted by Azdan Quranic Center on Tuesday, April 6, 2021

Bacaan Al-Qurannya bersama Ustazah Aisyah menjadi perhatian ramai dan ini bukanlah kali pertama dia dipuji mengalunkan bacaan Al-Quran. Terdahulu, Zizi juga pernah mengalunkan bacaan Al-Quran bersama qariah dan juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-61, Farhatul Fairuzah.

Artikel Berkaitan   Bacalah Surah Al-Ikhlas Di 9 Waktu Ini Khasiatnya Menakjubkan

kredit zayan