Sering Wajibkan Orang Awam Pakai Pelitup Muka, Perdan4 Menteri Tha1land Didenda Gara-Gara Lupa Pakai “Mask”

Perdana Menteri Tha1land, Pr4yut Chan-O-Cha menjadi antara yang terawal didenda selepas tular satu gambar di media sosial kerana dikatakan menghadiri mesyuarat tanpa memakai pelitup muka selepas Thailand telah mewajibkan orang awam untuk memakai pelitup muka di kawasan awam.

Menurut Gabenor B4ngkok, Aswin Kwanmvang menerusi Facebook berkata, Prayut yang juga memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan telah dimaklumkan bahawa beliau telah melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka semasa berada di luar kawasan kediaman.

Tambahnya lagi, mengikut Seksyen 51 Communicable Disease Act 2015 Tha1land, mereka yang gagal mengikut peraturan iaitu tidak memakai penutup mulut akan dikenakan denda maksimum sebanyak 20,000 baht bersamaan RM2,606. Selepas Gabenor menfailkan aduan tersebut terhadap perdana menteri, Prayut dikatakan telah pun bersetuju untuk membayar denda yang dikenakan atas kesalahan yang dilakukan iaitu dengan jumlah sebanyak 6,000 baht (RM 782) iaitu bagi kesalahan yang pertama.

Menurut laporan media tempatan iaitu Bangk0k Post, penguat kuasa kini sedang mempertimbangkan pertuduhan yang lebih ringan berdasarkan peraturan berkaitan denda tersebut antaranya menetapkan jumlah bagi kesalahan pertama sebanyak 6,000 baht, 12,000 baht bagi kesalahan kedua manakala 20,000 baht akan dikenakan kepada pesalah yang melakukan kesalahan bagi kali ke-3. Pemakaian pelitup muka kini telah diwajibkan di Thailand membabitkan 49 wilayah dan ibu kota Thailand, Bangkok selepas wabak baharu telah dikesan terutamanya di lokasi penempatan premis-premis hiburan seperti kelab malam.

kredit khalifah media network

Artikel Berkaitan   Syaitan Akan Menjauhi Dan Tidak Menggangu Rumah Kita Jika Kita Mengamalkan Membaca Surah Mudah Ini...Kongsikan