Bulan puasa sering dijadikan antara bulan untuk kita menurunkan berat badan secara tidak langsung. Namun tak ramai yang berjaya menurunkan berat badan ketika bulan puasa, sebaliknya berat badan terus bertambah pula, lebih banyak berbanding sebelumnya. Kenapa ia terjadi? Terdapat beberapa sebab yang memungkinkan berat badan anda naik mencanak ketika di bulan puasa.
- Makan banyak ketika sedang bersahur
Ramai yang beranggapan perlu makan banyak ketika sahur supaya badan mempunyai tenaga mencukupi sepanjang hari. Namun, makan banyak semasa sahur bukan jaminan untuk kekal kenyang, sebaliknya kita hanya perlu makanan yang cukup nutrisi semasa bersahur. Misalnya, ambil protein dan serat sudah cukup untuk rasa kenyang semasa berpuasa.
- Tidur semula selepas sahur
Tabiat untuk tidur semula selepas bersahur sering dibuat oleh ramai orang. Selepas makan, badan memerlukan masa beberapa ketika untuk mencerna makanan serta dalam masa sama menyerap nuterin makanan ke dalam badan.
Semasa tidur atau berbaring khasnya dalam posisi terlentang, sistem pencernaan sukar untuk bekerja. Akibatnya, rasa sakit pada dada dan juga pedih ulu hati boleh terjadi, dan akhirnya menyebabkan berat badan juga bertambah!
- Meminum air manis
Tidak dinafikan air manis adalah antara air yang sering menjadi pilihan ketika dibulan Ramadan ini. Tak kira sama ada berbuka atau ketika bersahur, mengambil air manis yang berlebihan boleh meningkatkan kadar kalori, dan memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti risiko diabetes, darah tinggi dan kencing manis.
- Gaya hidup tidak sihat
Ada segelintir yang hanya menghabiskan masa seharian dengan tidur dan tidak berbuat apa-apa kerana tidak tahan untuk berlapar dan berhaus ketika berpuasa. Cara ini bukan sahaja membuatkan badan menjadi lebih letih dan tidak bermaya, malah menyebabkan masalah kegemukkan menjadi lebih serius.
Apa pun, berpada-padalah ketika berbuka dan bersahur. Amalkan gaya hidup yang sihat dan rebutlah peluang ketika Ramadan ini untuk beribadah.
kredit syok