Wanita Hidup Dalam Kemurungan Sudah Putus Asa Untuk Hidup Nekad Simbah Diri Dengan Petrol Dan Mencucuh Api

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 8.29 pagi itu, wanita yang berusia 30 tahun itu dipercayai mengalami kemurungan melecur hampir keseluruhan badannya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan maklumat daripada pekerja tersebut, wanita itu pada mulanya membeli minyak petrol sebanyak RM5 sebelum menyiram ke badannya dan jalan raya yang berhampiran dengan stesen minyak berkenaan lalu membakar diri.

Menurutnya, pekerja itu berusaha untuk memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang sedia ada di stesen minyak tersebut sebelum menghubungi Balai Polis Kangkar Pulai bagi memaklumkan kejadian ngeri itu.

“Wanita tersebut yang berada dalam keadaan tenat segera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil dari pemeriksaan mendapati wanita berkenaan mengalami lecuran di beberapa anggota badan termasuk di bahagian muka, dada, perut dan juga pada bahagian belakang badan.

Katanya, menurut keterangan daripada ibu mangsa yang berumur 60 tahun, anaknya itu pernah mendapatkan rawatan di hospital sejak November lalu akibat kemurungan. Jelasnya, mangsa dimaklumkan tinggal seorang diri sejak ibu bapa mangsa bekerja di Singapura. “Mangsa kini akan dipindahkan ke wad biasa untuk rawatan susulan,” katanya.

kredit khalifah media network

Artikel Berkaitan   Rakyat Malaysia Akan Menikmati 3 Bulan Bil Elektrik Percuma, Ini Syarat-Syaratnya!