Dimasuk Ke Hospital Secara Tiba-Tiba Gara-Gara Strok, Pensyarah Ini Tetap Teruskan Pelajaran Atas Katil

Bukan mudah bergelar seorang pendidik. Tugas mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa ‘menjaga’ segi tingkah laku dan disiplin anak didik mereka. Malah ada ramai yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan kadang-kala harta demi kepentingan para pelajar mereka.

Namun kisah seorang pensyarah dari Bandung ni nyata berbeza dan mencuri tumpuan ramai kerana kegigihannya menyampaikan ilmu kepada pelajar kuliahnya walaupun dia sebenarnya sedang terlantar sakit di hospital.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna Tiktok, Balqis Maharani, pensyarah tersebut iaitu Aceng Muhtaram difahamkan telah diserang strok sejak seminggu yang lalu.

Disebabkan kondisinya yang tidak mengizinkan, ramai dikalangan mahasiswa di sebuah kolej di Bandung itu menyangkakan pensyarah mereka pasti tidak akan mengajar kerana masih belum sihat.

Biasanya beliau akan memberikan link Zoom kepada kami dari subuh untuk kuliah pada jam 9.30 pagi tetapi pada jam 9.00 pagi masih tidak ada jawapan. Apabila meminta link Zoom kepada penolong pensyarah, kami terkejut ketika diberitahu beliau dimasukkan ke ICU kerana strok

@balqueens.id

lekas sembuh ya pak🤲😭#WeDOIndonesia #YWY3WeRockTheWorld #fypシ #RangkaiKebaikan #mahasiswa

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Namun sangkaan mereka meleset dimana pembantu penysarah kemudiannya memaklumkan bahawa pensyarah tersebut akan mengajar subjek Penelitian Administrasi Pendidikan secara online. Kelas tersebut bagaimanapun tidak berjaya dihabiskan oleh pensyarah berkenaan sebaliknya dia meminta pembantunya untuk menggantikannya hingga ke penghujung kelas.

”Kami terkejut melihat bapak sedang terbaring dan perlu dibantu dengan ramai orang. Beliau akhirnya tidak mampu menyampikan kuliah sehingga selesai dan diserahkan kepada pembantunya,” kata Balqis.

Perkongsiannya nyata menyentuh hati ramai pihak, ramai yang turut mengambil kesematan mendoakan kesembuhan pensyarahnya itu yang disifatkan gigih dan begitu mementingkan ilmu anak didiknya.

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   “Kau Melayu Kafir Atau Melayu Islam?” Que Haidar Dituduh Tidak Tahu Adab Ziarah Kubur Ini Jawapan Padunya