Malaysia adalah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Yang menariknya, rasa hormat dengan fahaman yang berbeza oleh orang berlainan agama adalah sangat menebal dalam diri rata-rata masyarakat di negara ini. Salah satunya adalah apabila tibanya bulan Ramadan, ramai yang bukan beragama Islam akan cuba sedaya upaya untuk menghormati orang yang berpuasa dengan menjamah makanan di tempat tersorok.
Namun keadaan pasti lebih sukar bagi mereka yang mempunyai persis rupa orang melayu. Nak makan di tempat awam di bulan ramadan pasti lebih gerun kerana dikhuatiri akan disalah anggap sengaja untuk tidak berpuasa.
Hal ini boleh dikaitkan dengan perkongsian seorang pengguna TikTok @nick_sohide ketika mengajak rakannya yang bukan beragama Islam membeli barang bersama. Menerusi video itu, dia dan rakannya sedang berada di sebuah restoran makanan segera ‘Subway’ setelah selesai membeli barang.
@nick_sohide Si kawan!……
Menurutnya, waktu ketika itu masih lama lagi untuk berbuka puasa, namun rakannya itu sudah tidak mampu untuk menahan lapar.
Takut dirinya disalah anggap sebagai orang Melayu beragama Islam, dia siap meletakkan kad pengenalan (IC) di atas meja sebelum makan untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak berkuasa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perbuatan lelaki tersebut. Ada juga yang mengatakan rakannya seperti sedang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Harapnya selepas ini orang bukan beragama Islam tak akan rasa takut-takut untuk makan di tempat awam di bulan Ramadan kerana negara kita terdiri daripada masyarakat dengan kepelbagaian agama, jadi sepatutnya ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.
kredit buzzkini