Walaupun Sudah Menjadi Jutawan Dan Hidup Senang, Siti Sarah Dedah Hantaran Perkahwinan Shuib Adalah Hutang

Kuala Lumpur: “Alamak kantoi hantaran hutang. Rindu dan indahnya melalui kehidupan dengan awak sayang. Syukur dikurniakan isteri yang selalu mendoakan dan ada di belakang.” Itu luahan romantis pelawak Shuib buat isteri tercinta Siti Sarah yang mendedahkan kisah rahsia di sebalik perkahwinan mereka sejak 10 tahun lalu.

Sarah berkata, duit hantaran bernilai RM15,000 yang diberikan Shuib sebenarnya adalah hutang namun selepas berjaya mengumpul duit terbabit bapanya melarang Shuib membayarnya kembali.

“Sarah teringat masa kahwin dengan Shuib dulu, hantaran ketika itu adalah RM15,000. Tapi Sarah nak beritahu satu rahsia iaitu RM15,000 adalah hutang. Tak tipu sebab Shuib tak mampu nak bayar waktu itu.

“Shuib hutang dengan abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib bersusah payah nak bina kerjaya tapi apa yang Sarah beli masa itu adalah akhlak, kerajinan dan tanggungjawab. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dengan Sarah dan keluarga.

“Alhamdulillah lepas kahwin, rezeki makin banyak. Shuib dapat duit kemenangan Maharaja Lawak dan nak bayar balik duit abah. Apabila sudah ada duit untuk bayar abah kata jangan jadi bodoh. Simpan duit itu untuk anak nanti,” katanya.

Sarah berkata demikian selepas berasa kurang senang terhadap satu hantaran yang dibuat seorang wanita di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menanggung hantaran RM20,000.

Menurut Sarah, kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit sebaliknya perlu melihat dari sudut keperibadiannya.

“Sebagai wanita kena tengok lelaki itu jenis macam mana, baran ke, kedekut ke, berkira ke. Kalau awal-awal kenal dah ajak kita keluar walaupun ibu bapa tak izinkan dan ajar kita untuk tipu keluarga, tak mustahil dia akan tipu kita.

Artikel Berkaitan   “Kan PAS Pun Hebat, Mengakui Akan Ketokohan Azmin Dan Hamzah” Veteran UMNO Tuduh BERSATU Tidak Minat Bantu Rakyat

“Mungkin adik ini rasa bahagia dengan RM20,000, tapi bagi orang lain nilai kebahagiaan bukan daripada wang ringgit semata-mata. Moga adik-adik yang nak kahwin janganlah menekan sangat nak menunjuk kahwin siapa lagi gempak sebab kehidupan yang sebenarnya adalah selepas kenduri. Jangan buat pinjaman yang akhirnya tersiksa,” katanya Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

kredit harian metro