Warga Emas 73 Tahun Berkahwin Dengan Gadis 25 Tahun Selepas Berkenalan Dan Direstui Oleh Keluarga

Sulawesi: Perbezaan usia 48 tahun tidak menghalang seorang warga emas menyunting wanita pilihan berusia 25 tahun menjadi teman hidupnya. Pernikahan Bandu, 73, dan isterinya, Imma, 25, di daerah Bone, Sulawesi Selatan pada Ahad heboh diperkatakan di media sosial.

Sekeping foto yang tular menunjukkan pengantin lelaki segak memakai kot dan songkok manakala pasangannya cantik dengan pakaian adat Bugis. Menurut laporan Tribunnews, warga emas itu seorang duda dan pernah bernikah dengan empat pasangan manakala wanita itu ibu tunggal anak satu.

Kedua-duanya dilaporkan menyara hidup sebagai petani. Anak Bandu, Suriadi berkata, pernikahan terbaharu bapanya dengan Imma itu berlangsung di kediaman pengantin wanita di Puderebba, Kampung Waempubbu, Amali, Ahad lalu.

Katanya, pengantin perempuan diberikan mas kahwin sebentuk cincin emas seberat satu gram bersama wang tunai 8 juta rupiah (2,272).

“Mereka berkenalan melalui ahli keluarga yang bersetuju menjodohkan mereka,” katanya. Pada 7 April lalu, media sosial turut heboh dengan pernikahan Bora, 58, bersama Ira Fazilah, 19, yang menerima mas kahwin 10 juta rupiah (RM2,840) dan satu hektar tanah.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Arwah Menitiskan Air Mata” Zizi Kirana Dedah Apa Yang Berlaku Antara Dia Dan Sandra Sebelum Kemalangan