Lama Tidak Bersua, Ibu Ayah Ini Buat Anaknya Sedih Tidak Keruan Datang Semata-Mata Nak Lambai Bawah Terik Matahari

Dalam penularan wabak Covid-19 ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang aktiviti rentas negeri telah menyebabkan pergerakan ramai individu terbatas.

Berikutan itu, ibu bapa yang berada di negeri berlainan dengan tempat penginapan anak mereka belajar terpaksa menahan rindu apabila sudah sekian lama tidak berjumpa dengan anak-anak. Begitulah jua anak-anak yang berada di perantauan yang tidak dapat menjenguk ibu bapa mereka.

Seperti perkongsian seorang seorang remaja di Twitter ini yang menceritakan nasibnya yang menjalani kuarantin diri sebelum dapat pulang ke rumah dan berjumpa kedua ibu bapanya di Sarawak.

Sangat menyentuh perasaan apabila dia berkongsi gambar kedua ibu bapanya yang menunggu dalam cuaca panas di tepi bangunan sambil melambai kepadanya.

Menurutnya, dia mendapat panggilan daripada ibu bapanya dan diarah untuk melihat ke luar tingkap. Rupa-rupanya, ibu bapa remaja itu telah berada di hadapan bangunan tersebut sementara menunggu anaknya untuk muncul. Tambahnya, mereka melalukan sedemikian kerana terlalu rindu akan dirinya yang sudah lama tidak berjumpa.

Malah, mereka sanggup berdiri di bawah matahari terik semata-mata ingin melihat anak tercinta. Sungguh terharu! Lebih menyentuh hati apabila kedua-dua ibu bapa remaja tersebut kelihatan sangat gembira walaupun hanya dapat melihat anak mereka dari jauh.

Sehingga artikel ini ditulis, tweet yang viral tersebut telah meraih 19K retweets dan 45.7K likes di laman Twitter. Di ruangan replies pula, rata-rata netizen terharu dan sebak dengan perkongsian tersebut

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   Lelaki Ini Hilang Kucing, Sebulan Kemudian Dia Ada 2 Ekor Kucing Yang Sama. Rupanya Ramai Yang Pernah Hadapi Perkara Ini