Isteri 4 Tinggal Serumah, Anak Berderet 28 Orang Tak Bersekolah, Rumah Kelam Kabut, Mentaliti Suami Ke Laut Buat Sukarelawan Ini Terpaku

ANAK adalah amanah ALLAH kepada ibu bapa yang bertanggungjawab mengasuh, membimbing dan memberikan pendidikan terbaik untuk mereka. Bayangkan, seramai 28 orang anak tidak bersekolah manakala empat orang isteri pula berhimpit tinggal di dalam rumah sewa.

Bagaimana mereka mengecapi keselesaan setiap hari? Bagaimana masa depan anak-anak jika tidak berpeluang menuntut ilmu di sekolah seperti pelajar lain? Ini kisah benar! Pendedahan seorang sukarelawan, Nurul Ima Rahman telah membuatkan warganet tersentak susulan kunjungannya menemui sebuah keluarga untuk menghulurkan bantuan makanan.

Katanya, ini bukan kali pertama. Sudah masuk dua kali beliau menjejakkan kaki ke rumah milik keluarga besar itu. Cerita Nurul Ima, mungkin kerana kedaifan menyebabkan anak sulung lari meninggalkan keluarga.

Anak 28 orang. Anak sulung 20-an sudah lari tinggalkan keluarga, tinggal adik berderet-deret dan paling bongsu umur setahun. Isteri keempat sedang mengandung lagi!,”tulis Nurul Ima

Sudahlah kebajikan terabai dan amat menyedihkan cahaya mata tinggal di rumah tanpa ada bilik khas untuk mereka. Tidur pun berselerakan. Sudah pasti keadaan itu tidak selesa.

“Menyewa dua buah rumah yang sempit, zakat bayarkan sewa. Satu rumah ada dua buah bilik. Satu bilik, milik setiap isteri. Anak-anak tidur mana? Berselerakan di dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung. (Katanya anak-anak perempuan di dalam bilik. Harap-harap lah betul),” kongsinya lagi.

Lebih mendukacitakan Nurul Ima adalah sikap ayah dan ibu yang seolah-olah tidak bertanggungjawab menyediakan pendidikan sempurna untuk anak-anak.

“Anak-anak semua tidak sekolah. Kata bapanya tiada transport nak hantar. Dulu pernah orang kebajikan bantu sewakan van untuk anak-anak. Tapi anaknya keluar tak mahu duduk di dalam kelas. Bapanya kata anak-anak mempunyai minda usahawan dan genius. Umpama burung, tak suka terkurung.

“Ini kali kedua kami menjejakkan kaki ke rumahnya. Pukul 12 tengahari, kami mengetuk pintu kuat, hampir lima minit baru dibuka kerana isi rumah baru bangun tidur. Lima minit pula perlu tunggu untuk dipelawa masuk sebab masing-masing kelam kabut kemas rumah,” bicara Nurul Ima.

“Maaflah rumah bersepah sikit.” Kata isteri pertama menyapa. Kami mula berbual.

Artikel Berkaitan   PH Tidak Mahu Pilihanraya Tapi Mahu Mandat Yang Diberikan Rakyat Pada PRU-14 Adalah Sah Sehingga 2023

Sukarelawan itu mula bertanya sama ada anak-anak sudah dihantar ke sekolah. Namun respons si bapa seolah-olah tidak berfikir mendalam tentang pendidikan anak-anaknya.

Katanya mahu menghantar ke sekolah aliran tahfiz. Namun apabila dicadangkan untuk dihantar ke tahfiz milik sepupu Nurul Ima, bapa menolak mentah-mentah.

“Tak nak! Anak-anak saya semua hanya akan masuk ke Pondok Pasir Tumboh di Kelantan. Pondok terbaik di Malaysia,” kata si bapa.

“Sis terpana kejap. “Kelantan? Jauh tu. Ada kenal sesiapa ke kat tahfiz tu?,” tanya Ima.

Bapa : “Tak ada. Tapi itu sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Dah lahirkan ramai orang-orang hebat. Sekolah tahfiz lain saya tak nak. Nanti anak-anak saya semua akan sambung belajar di Cairo.”

Ima: “Ok baik. Bagus tu. Encik dah cuba aturkan ke macam mana nak masuk ke sana.?” Bapa: “Nantilah tunggu isteri saya uruskan sekolah kerajaan.”

“Allahu. Saya fikir kalaulah anak-anak ini duduk di madrasah sudah tentulah ada makan minum, ada tempat beribadat sempurna, boleg tidur dengan selesa. Tapi hmm.. #Sabar#MogaAllahJagaAnak2Ini

“Maaf. Saya tak berniat untuk kongsikan benda negatif, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadaan ini. Kalau anda ada cara sesuai untuk bantu anak-anak ini dapat education dan nilai hidup yang lebih baik. Mohon bantuan. Sedih lihat wajah mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul Ima sudah memadamkan posting tersebut dan memohon maaf kerana tiada niat untuk menularkan kehidupan keluarga terbabit.

Pun begitu, hasil perkongsian berkenaan beliau menitipkan khabar gembira apabila terdapat beberapa individu termasuk NGO sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

“Alhamdulillah. Asbab post siang tadi, public figure dan beberapa lagi NGO menghubungi sis dan sudi hulurkan bantuan buat anak soleh dan solehah. Insha- ALLAH kita support takat mana yang boleh.

“Jadi sis take down post tersebut. Bukan intention sis untuk viral pun.

“Buat anak-anak mungkin hari ni kamu semua rasa malu. Tapi suatu hari nanti, kamu akan bebas keluar dari kepompong dunia itu, kamu akan lihat dunia yang lebih indah.

“Yang tidurnya selesa, makannya cukup, dan boleh ketawa seronok mencari ilmu bersama kawan-kawan. Sis anggap kamu semua macam adik atau anak-anak sendiri. Satu hari nanti kamu semua akan faham,” tulis Nurul Ima.

kredit sinarplus