Suami Dedah Disebalik Berita Gembira Kehamilan Ayda Jebat, Ini Dugaan Yang Kita Tidak Sangka Dia Hadapi

GEMBIRA melihat pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi. Berita manis tersebut diumumkan pada minggu lalu tatkala kandungan Ayda mencecah usia empat bulan.

Penyanyi dan pelakon genit itu dijangka bersalin pada Oktober depan. Namun begitu, tiada siapa menyangka disebalik fasa awal kehamilan rupanya pelantun lagu Parah pernah mengalami pendarahan dan hampir keguguran apabila emosinya dijentik dan jadual kerja yang padat.

“Assalamualaikum semua. Ramai family, peminat & media yang Whatsapp & DM Nabil tanya tentang kandungan Ayda yang hampir gugur.

“This is the story. Ayda bleeding. As you guys know, Ayda bekerja dengan banyak big brand.
Belum sempat Ayda & @xenoentertainment susun jadual (kerja diselang seli dengan rehat bersesuaian dengan keadaan wanita yang hamil peringkat awal). Jadual bertambah padat dalam tempoh masa yang singkat. Back to back,” tulis Nabil menerusi laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

Bicara Nabil berusia 32 tahun, sepanjang tempoh rawatan sebagai suami pastinya beliau tidak sampai hati menyaksikan Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat menerima lima suntikan dan menangis.

“Korang faham tak perasaan apabila tengok isteri yang kita sayang menangis, kena warded, ambil lima injection (suntikan). Saya sendiri tak sampai hati tengok.

“Stay strong my love. I love you and our baby. Insyaallah semua doakan yang terbaik. @aydajebat,” luah Nabil lagi.

Direkodkan, Ayda dan Nabil Mahir diijabkabul pada 1 Januari 2021 di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

kredit sinarplus

Artikel Berkaitan   Cara Memohon Visa Kerja Sambil Melancong (Working Holiday) Di New Zealand 2019 Untuk Rakyat Malaysia