Hairan Kita Semut Selalu Bersarang Di Suis Elektrik, Ini Sebabnya! Tapi Ia Sangat Berbahaya

Anda pernah tak nampak suis elektrik di rumah menjadi tempat sarang semut? Mesti pernah kan? Kadang-kadang hairan juga lihat semut bersarang dalam kotak suis elektrik sampai peralatan elektronik boleh rosak!

Tapi persoalannya, apa yang menyebabkan begitu banyak semut berkumpul di sana? Ternyata, semut memang tertarik pada gelombang elektrik. Apabila mereka hampir, renjatan elektrik akan membunuh semut tersebut secara serta merta lalu membebaskan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai pheromones.

Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang dan lebih banyak semut akan dikenakan renjatan elektrik dan mati! Apabila terlalu banyak bangkai semut, barang elektronik akan rosak dan menyebabkan kerugian. Jadi untuk mengelakkan situasi seperti ini berlaku ini ada beberapa cara pencegahan.

  • Pastikan ruang-ruang di peralatan elektronik dirapatkan
  • Letakkan bahan penghalau semut di kotak elektrik
  • Sentiasa prihatin jika nampak semut mula berkumpul di barang elektrik
  • Sering melakukan pembersihan secara berkala

kredit era

Artikel Berkaitan   Lelaki Sanggup Korek Kubur Keluarga Sendiri Untuk Menjual Tulang Gara-Gara Mahu Beli Motor, Sebaik Semuanya Berjaya Ini Yang Berlaku