Resepi Ramadan Makan Licin Pinggan, Kari Sotong Ala Mamak Dan Sotong Masak Kukus Thai

Setiap hari memasak, korang mesti sudah mencuba pelbagai resipi untuk menyediakan juadah berbuka.


Bagi yang masih bujang, kebiasaannya mereka hanya membeli sahaja makanan sedia dimasak atau makan di luar sambil menjelajah bazar ramadan yang ada. Untuk yang bekeluarga pula memasak adalah pilihan yang terbaik dan lebih menjimatkan.

Para ibu terutamanya mesti kehabisan idea untuk memasak sajian untuk berbuka puasa kan? Jangan risau, korang boleh mencuba lima resipi ini untuk juadah berbuka nanti.

Bagi pengemar ‘seafood’ terutamanya sotong, resipi-resipi ini sangat mudah untuk disediakan dan yang pasti sangat  menyelerakan.

  • Kari Sotong Ala Mamak

Bahan-bahan
Sotong
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 – 6 tangkai Cili kering (boleh juga pakai serbuk cili)
Halia
½ biji bawang besar (dihiris)
1 sudu halba campur
2 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1 biji tomato
1 biji lada besar
Air dan air asam jawa

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak, tumis halba campur, daun kari dan bawang besar
2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan air. Ulang proses yang sama sebanyak dua kali (Masak hingga naik minyak, masukkan air).
4. Masukkan serbuk kari ikan dan gaul rata. Biarkan sekejap sebelum tambah satu cawan air. Kacau rata.
5. Masukkan pula kentang yang telah dipotong nipis. Biarkan sehingga kentang empuk dan masukkan air asam jawa.
6. Masukkan sotong dan kacau manja.
7. Perasakan dengan secubit garam dan gula.
8. Masukkan tomato dan lada besar.
9. Siap dan sedia dihidang.

  • Sotong Kukus Thai / Thai Steamed Calamari

Bahan-bahan
1/2 kg sotong (anggaran 4-5 ekor)
1 batang serai (hiris nipis)
4 hiris lengkuas
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 tangkai daun ketumbar bersama akar
2 helai daun limau purut

Sos
Bahan-bahan
6 tangkai cili padi merah dan hijau (dihiris)
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar jus limau (dihiris)
2 1/2 sudu besar sos ikan
1/4 sudu kecil garam
1 ulas bawang putih (dihiris)

Cara penyediaan
1. Kelarkan sotong tapi jangan sampai putus.
2. Masukkan ke dalam bekas bersama serai, lengkuas, bawang putih, akar daun ketumbar dan limau purut.
3. Kukus hingga masak. Angkat dan keluarkan airnya.
4. Susun ke dalam pinggan.
5. Satukan semua bahan sos, kacau rata.
6. Tuang ke atas sotong kukus tadi.
7. Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.Siap untuk dihidang.

kredit sinarplus