PADA musim pandemik Covid-19 ini, memasak sendiri adalah pilihan yang sangat tepat. Tambah lagi menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan sahur sepanjang bulan Ramadan ini.
Jangan risau bagi mereka yang kurang mahir, hanya di hujung jari sahaja! Kalau korang betul-betul ingin mula belajar memasak, apa kata tonton video terlebih dahulu kemudian baru pergi mencuba dengan melihat resipi.
Di YouTube atau saluran sosial media lain, terdapat banyak perkongsian masakan dan ‘channel’ memasak popular di Malaysia yang korang boleh buat sebagai rujukan, antaranya;
- Khairul Aming
Korang mungkin kenal beliau melalui Instagram sebelum ini. Jadi beliau juga cuba pergi ke platform yang lebih besar di YouTube.
Kebanyakkan video di YouTubenya adalah daripada Instagram. Jadi pastinya video-video tersebut pendek dan padat.
Ada yang kata, tengok video Khairul Aming bukan nak belajar memasak tetapi nak dengar celoteh dan lawak beliau sahaja.
Jika berminat, korang boleh pergi ke channel Youtube Khairul Aming dan mula belajar memasak.
Istimewa Ramadan 2021 ini, Khairul Aming buat khas pada semua saluran media sosial beliau dengan 30 hari 30 resipi.
- Buat Orang Lapo
Video-video daripada channel YouTube Buat Orang Lapo rata-rata daripada pemiliknya sendiri iaitu Nazatul.
Sehingga kini channel tersebut telah mendapat 600 ribu lebih subscriber yang menunjukkan ramai orang lapar yang masuk ke YouTube beliau.
Channel tersebut memberikan setiap sudut video makanan itu tampak menarik ditambah dengan lampu-lampu yang menjadikan makanan tersebut nampak sedap.
Korang boleh ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan oleh beliau di dalam video. Semua ada ditulis dibahagian description.
- Che Nom
Kalau nak dengar suara seperti Khairul Aming tetapi dalam versi perempuan, rasanya channel Youtube Che Nom ada suara tersebut.
Bila kita dengar, sedap je tambahan dengan arahan langkah demi langkah yang diajar juga mudah difahami dengan lenggok bahasa yang digunakan.
Sesuai untuk yang baru belajar masak. Che Nom juga akan berkongsikan tip menarik jika ada dalam video yang dimuat naik.
Videonya juga berkualiti tinggi dengan sudut yang sedap mata memandang. Jangan lupa terjah.
- iCookAsia
Channel YouTube iCookAsia juga mengenakan ciri seakan sama seperti channel Buat Orang Lapo. Video yang dirakamkan agak cantik dengan pelbagai sudut yang digunakan.
Tambahan dengan lighting dan juga muzik latar yang menarik. Ada beberapa video yang dirakam bersama dengan penerangan langkah-langkah dan ada juga hanya video sahaja.
Tetapi segala resepi ada disediakan di bahagian description video tersebut.
- Seminit Resepi
Walaupun nama YouTube tersebut Seminit Resepi tetapi video yang dikongsikan bukanlah berdurasi seminit tetapi lebih.
Jadi video yang ada tidaklah mampat dan laju. Mereka akan mengajar dan berkongsi resepi-resepi mereka sendiri kepada semua penonton.
Sudut video yang digunakan adalah daripada atas, jadi korang boleh nampak semua yang berlaku di dalam kuali. Mereka akan ajar langkah demi langkah tanpa skrip. Jadi korang boleh follow perlahan-perlahan.
kredit sinarplus