Untuk Pesakit Kencing Manis Yang Mahu Kawal Penyakit, Air Kelapa Adalah Antara Penawarkannya Yang Ramai Tidak Tahu

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan satu penyakit pembunuh utama selain sakit jantung di Malaysia. Penyakit ini terjadi apabila metabolisme badan terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.


Terdapat persoalan yang mengatakan, adakah pesakit diabetes boleh minum air kelapa? Air kelapa asli daripada sumber buah kelapa merupakan air yang selamat dan bersih untuk diminum.

Mineral air kelapa adalah sama dengan sel-sel yang anda perlukan untuk kesihatan termasuk kalsium, zat besi, kalium, natrium, tembaga dan zink.

Kelapa mempunyai indeks glisemik rendah, rendah karbohidrat, serat yang tinggi dan protein, sebaiknya minum air kelapa hijau.

Setiap auns kelapa parut mengandungi sekitar 5 gram serat. Anda perlu mengambil 30 hingga 35 gram serat setiap hari.

Kelapa mempunyai pelbagai ciri-ciri pemakanan yang boleh membantu dalam rawatan pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis.

Air kelapa juga satu pilihan yang baik kerana mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan untuk mengawal gula dalam darah.

kredit zayan