Lelaki Terbau Bau Yang Aneh Datang Dari “Dinasour” Membawa Kepada Pertemuan Mayat

Mayat seorang lelaki telah ditemui di dalam arca Dinosaur di pinggir bandar Barcelona, lapor Daily Mail.

Menurut sumber, polis sedang menyiasat kematian lelaki berusia 39 tahun tersebut yang dilaporkan jatuh ke dalam arca ketika cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh di dalam bentuk papier-mâché itu.

Pada hari Sabtu pagi, seorang lelaki dan anaknya yang bermain di kawasan itu perasan ada bau aneh dari arca itu. Arca dinasour itu diletakkan di pinggir bandar Santa Coloma de Gramenet di luar Bangunan Cubic.

Lelaki itu memaklumkan kepada pihak berkuasa setelah terjumpa mayat itu melalui celah kaki Stegosaurus tersebut.

Polis menjelaskan lelaki yang maut itu telah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan menambah, tiada pembunuhan disyaki.

Jelas portal, setelah mayat lelaki itu ditemui, tiga anggota pasukan bomba dipanggil ke tempat kejadian. Mereka memotong kaki arca tersebut dan mengerahkan sebuah kren untuk mengangkat mayat.

Media tempatan melaporkan bahawa lelaki yang tidak disebutkan namanya itu terperangkap secara terbalik setelah jatuh ke dalam arca berongga itu.

Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat dan belum mengesahkan penyebab kematian lelaki itu atau bagaimana dia berada di dalam arca itu.

Arca dinasour yang didirikan untuk mengiklankan pawagam lama itu akhirnya telah dialihkan.

kredit siakap keli

 

Artikel Berkaitan   "Saya Akan Didenda Lebih RM30,000 & 6 Bulan Penjara” Tersangkut Di Singapura, Roslan Shah Cerita Pengalaman Sebenar