“Provokasi Terus Menerus 1srael Akan Mencetuskan Perang Agama Yang Besar Di B4aitulmaqdis”

Pemimpin tertinggi H4mas di Gaza, Yehiyeh Sinwar memaklumkan amaran keganasan bertubi-tubi 1srael boleh mencetuskan satu perang agama yang besar di rantau itu.

Beliau juga menegaskan agar menghentikan keganasan 1srael di Masjid Al-4qsa, Sheikh Jarrah dan kota suci Baitulmaqdis dan berharap seluruh dunia bertindak.

“Jika seluruh dunia tidak bertindak untuk menghentikan penjajahan di Masjid Al-4qsa, Sheikh Jarrah dan kota suci pada umumnya, ia akan menjadi alasan untuk mencetuskan perang agama besar di rantau ini dan kekacauan di seluruh dunia,” katanya.

Tambahnya, beliau memaklumkan perkara itu selepas 1srael mencetus perang 11 hari dengan pejuang H4mas di sempadan Gaz4.

Serangan udara terjadi akibat keganasan berterusan dan mengakibatkan pertempuran di antara kedua-dua pihak. Ini susulan provokasi dilakukan tentera 1srael di Masjid Al-Aqsa ketika penduduk P4lestin sedang menunaikan solat di akhir bulan Ramadan, 7 Mei lalu.

Malah, insiden pengusiran penduduk di Sheikh Jarrah oleh tentera 1srael juga memberi kesan kepada penduduk P4lestin.

Lebih 250 penduduk P4lestin maut dan ribuan lagi cedera akibat kezaliman zionis ketika pertempuran terjadi.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   45 Hari Berpisah Dengan Anak, Akhirnya Wanita Ini Terkabul Juga Doanya