6 Jenis Bau Yang Kita Suka Hidu Tak Kira Masa, Korang Suka Yang Mana?

Deria bau merupakan salah satu deria paling penting dalam hidup. Tanpanya hidup kurang sempurna. Bau juga memainkan peranan penting bagi mood kita, dan ia juga boleh membantu dalam pelbagai situasi. Apa bau wangi yang kamu suka?

Ni ialah antara bau wangi yang majoriti orang suka hidu tak kira masa:

#1 Bau masakan mak

Bau wangi yang ni rasanya semua orang suka. Bau masakan mak ialah yang paling sedap di dunia.

#2 Bau buku baru

Ulat buku pastinya suka menghidu muka surat dalam buku baru yang dibuka.

#3 Bau rumput segar yang baru dipotong

Bau rumput segar boleh menenangkan fikiran.

#4 Bau bayi yang baru mandi

Bau wangi pada kulit bayi yang halus dan mulus memang digemari ibu bapa.

#5 Bau kopi segar

Bau kopi di pagi hari memang menyegarkan kita serta-merta.

#6 Bau pakaian segar yang baru dibasuh

Rasa bahagia sangat bila pakaian yang baru dibasuh berbau segar dan wangi yang berpanjangan. Bukan senang nak baju berbau wangi dan tahan lama, lebih-lebih lagi kalau musim hujan atau pencuci baju yang digunakan tak begitu bagus atau sesuai.

kredit era

Artikel Berkaitan   Video Perbandingan Ibu Orang Putih Dan Ibu Asia Undang Tawa “Siot Sebijik Macam Mak Aku Dohh”