6 KELEBIHAN KENAPA ANDA PATUT MENJUAL AISKRIM
Apabila kita nak mulakan sesuatu bisnes, kita perlu analisa kekuatan dan kelemahan produk bisnes kita. Ini amat penting supaya kita sedar dan tahu strategi untuk mengurus bisnes nanti. Dari aspek pemasaran, target pelanggan, pengurusan stok, jualan dan sebagainya. Kerana setiap produk jualan memerlukan strategi yg betul untuk buat untung.
Di sini saya kongsikan 5 kelebihan bisnes AISKRIM. Mana tahu anda berminat untuk memulakan bisnes aiskrim 🙂
1. MODAL YG KECIL
Anda nak tahu, modal untuk buat aiskrim adalah terlalu kecil. Purata untuk hasilkan 10 liter aiskrim hanya sekitar RM25 sahaja. Dah bahan2 untuk menghasilkan aiskrim anda boleh dapati hanya di kedai runcit dan kedai bakeri sahaja.
Peralatan nak start jual aiskrim pun murah sahaja. Anda hanya perlukan skop aiskrim dan polisterin sahaja.( UTK PERMULAAN ) Tak perlu modal ribu-riban nak mulakan biz aiskrim ni.
Katakan, bsnes anda tak menjadi sekali pun, anda masih boleh tersenyum dan masih mampu makan aiskrim sendiri.
2. MARGIN YG BESAR
Ini perkara yg amat penting kalau kita nak bisnes kita berterusan. Kena cari produk yg margin yg besar supaya untung besar dan boleh bayar kos-kos lain seperti. Kos bisnes bukan hanya kos bahan, tetapi kos pekerja, utiliti, pemasaran dll..huhuhu. Kalau margin tak cukup besar, silap2 kita hanya bersedekah saja kepada pelanggan.
Seperti yg saya katakan di atas, kos untuk hasilkan 10 liter aiskrim adalah RM25. Jika kita jual secara paling simple ( satu kon= RM1 ), kita mampu jana RM200. Kira2 untung kasar dalam 800%…:)
3. MUDAH MENJUAL/PASARAN LUAS
Aiskrim adalah produk yg mudah menjual. Ini kerana sasaran pelanggan adalah setiap peringkat umur, dari kanak-kanak, remaja, dewasa sampailah remaja purba..:), semua makan aiskrim. So senang nak jual aiskrim ni. Paling legend, jual depan sekolah.
4. MASA KERJA YG SINGKAT
Ini satu lagi kelebihan jual aiskrim. kerja sikit tapi untung lebat. Baik, kalau kita jual depan sekolah, pengalaman penulis hanya perlukan 2 jam sahaja semasa pelajar balik sekolah. Dalam masa 2 jam itu kadang2 boleh dapat sampai RM100 ringgit. (Lebih baik dari gaji DOKTOR)
5. STOK TAK ROSAK
Ni antara kelebihan nyata jual aiskrim. Stok aiskrim susah rosak. Ya la, dah simpan sejukbeku. So kita tak pening takut rosak. Penulis pernah mengusahakan restoran. Amat pening untuk uruskan stok sebab semua stok perlu segar dan jangkahayat pendek.
6. BOLEH BERKREATIVITI
Aiskrim boleg dimakan bersama pelbagai jenis makanan yg lain. Sedap dimakan bersama puluhan topping; kacang, chocolate rice, bubble rice, sos coklat, buahan dan macam2 lagi.
Aiskrim juga boleh digubah mengikut kesesuaian peringkat umur. Kanak-kanak suka aiskrim dalam kon. Aiskrim gulung sesuai utk remaja. Aiskrim durian dan kelapa lebih kpd dewasa.
Ini adalah kelebihan menjual aiskrim. Jika anda merancang untuk memulakan perniagaan, AISKRIM adalah salah satu yg mesti anda pertimbangkan.
Sumber: Aickrimbazaar
DapatkanPanduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim!. Klik Gambar Dibawah