6 Petua Orang Lama Kekal Pasangan Sampai Hari Tua, Tak Akan Curang

Hubungan antara suami isteri sememangnya perlukan banyak usaha untuk kekal bahagia. Selain daripada bertolak ansur dan saling memahami pasangan anda, cara-cara ini boleh tambah kebahagiaan antara suami isteri.


  • Tiada rahsia dengan pasangan

Kebanyakkan perkahwinan yang jadi kacau adalah kerana sering menyimpan rahsia dengan pasangan masing-masing. Walaupun sekecil manapun perkara tersebut, tak perlu lah sembunyi daripada pasangan anda. Namun kita harus ingat, apabila ingin berbicara mengenai hal sensitif ada caranya tersendiri.

  • Terima pasangan seadanya dan hargai mereka.

Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini, jadi haruslah terima segala baik dan buruk pasangan anda. Memang la amat menjengkelkan kalau selalu kena tegur benda sama tapi kena la ingat bahawa setiap keburukkan mereka ada kebaikkannya. Dan hargailah segala kebaikan dan juga pengorbanan mereka.

  • Elakkan campur tangan ibu bapa dalam hal rumah tangga

Jika anda mengalami masalah dalam rumah tangga dari segi kewangan mahupun hubungan anda sebagai suami isteri, cuba selesaikan masalah-masalah itu sendiri. Jika terbuka aib pasangan masing-masing boleh mencetus pelbagai jenis masalah dalam keluarga besar.

  • Berkongsi pinggan

Ini adalah salah satu cara yang memang akan mengeratkan hubungan suami isteri. Apabila anda berkongsi makan dalam satu pinggan, anda akan mengenali pasangan anda lebih mendalam. Apa yang mereka suka ataupun tidak gemar, malah Rasulullah SAW pun berkongsi bekas minum bersama isterinya, Aishah.

  • Solat berjemaah dengan pasangan

Percayalah bahawa Allah akan memberi berkat dalam satu rumah tangga jika melakukan ibadah bersama-sama. Solat adalah tiang agama dan juga pengukuh segala benda dalam kehidupan kita. Jadi, mujurlah kalau anda melakukan ibadah ini bersama pasangan dan mendapat rahmat Illahi.

  • Mohon doa ibu bapa dan juga mertua

Doa ibu bapa adalah perkara yang paling indah seseorang boleh dapati. Lagipun, doa ibu bapa juga merupakan antara doa yang mustajab. Jadi minta lah doa daripada ibu bapa supaya rumah tangga sentiasa bahagia.

Sumber: Pesona Pengantin