Cara Pilih Buah Tembikai Yang Manis Dan Berisi Elok

Jus tembikai merupakan minuman kesukaan rakyat Malaysia. Mungkin warna jusnya yang merah memikat itu berjaya menarik hati setiap insan yang terpandang jus ini. Lagi sedap kalau rasanya pun padu kan? Nak dapat rasa yang ‘padu’ tu kenalah pandai pilih buah tembikai yang baik untuk dibuat jus. Barulah air balang korang sold out setiap hari.


Jadi saya senaraikan beberapa petua dalam memilih buah tembikai yang manis dan elok isinya:

  • Pilih tembikai yang berkulit licin. Kulit yang kasar menandakan tembikai itu masih mentah.
  • Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya.
  • Pilih buah yang sama bentuknya kiri dan kanan (simetri).
  • Pilih tembikai yang pangkalnya gemuk. Di bahagian hujungnya pula berwarna putih kuning air.
  • Pilih tembikai berkulit berjalur yang kelihatan putus-putus (elakkan jalur bersambung terus).
  • Cuba tepuk-tepuk atau jentik-jentik tembikai dengan jari. Jika ia berbunyi seakan-akan kosong, itu menandakan ianya sudah masak dan berisi manis.

 

 

cara pilih tembikai manis img01
Biasanya tapak kecik isinya manis.
cara pilih tembikai manis img02
Biasanya tapak besar isinya kurang manis.
cara pilih tembikai manis img03
Biasanya tangkai membengkok isinya manis.
cara pilih tembikai manis img04
Biasanya tangkai lurus isinya kurang manis.
cara pilih tembikai manis img06
Biasanya jalur cantik isinya manis.
cara pilih tembikai manis img07
Biasanya jalur tak cantik macam ini isinya kurang manis.
Biasanya buah bentuk bulat isinya manis. Buah bentuk bujur isinya agak berair.

Ini adalah sebagian tip-tip yang saya kongsikan