Mesti ramai daripada kita y4ng pernah tengok acara perlumbaan dalam trek kan, tambah pulak tengah musim Olimpik sekarang ni.
Tapi korang perasan tak, trek dalam acara sukan macam larian dan lumba basikal ni berkonsep lawan arah jam?
Contohnya macam acara larian, atlet-atlet ni perlu berlari keliling trek, sambil menuju ke arah kiri sampai garis penamat. Tak ke konsep trek ni lebih menguntungkan orang yang kidal?
Kalau korang nak tahu, kebanyakan perlumbaan trek ni pada asalnya menggunakan konsep ikut arah jam masa awal-awal Olimpik sekitar tahun 1896 sampai Olimpik Athens 1906, tapi dah diubah atas beberapa faktor.
Fisiologi
Secara saintifiknya, ada teori mengatakan bahawa kaedah pusingan arah jam ni bertepatan dengan posisi jantung dan bagaimana darah dipam.
Menurut teori tersebut, vena-kava membawa darah kurang beroksigen dari kiri ke kanan bahagian badan. Jadi, berlari ke arah kanan lebih cepat memenatkan berbanding ke arah kiri.
Pergerakan dari kiri ke kanan
Majoriti bahasa di dunia di tulis dan dibaca dari kiri ke kanan. Jadi, agak masuk akal kalau penonton lebih selesa tengok aksi perlumbaan yang bergerak dari kiri ke kanan.
Menurut laporan BBC, pelari yang kebanyakannya dominan bahagian kanan lebih selesa berlari mengikut arah lawan jam. Malah bagi pelari British, John Regis yang kidal juga tak rasa pelik pun berlari ikut arah lawan jam. Jadi tak ada masalah la kan untuk atlet kidal atau tidak.
Putaran bumi
Disebabkan putaran bumi, Coriolis Effect di hemisfera utara, faktor yang juga membuatkan taufan berputar arah lawan jam, memberi kelebihan kepada atlet-atlet ini bergerak lebih laju.
Kalau berada di hemisfera selatan, mungkin Coriolis Effect kurang membantu.
Tapi kalau korang nak tahu, banyak rekod dunia dalam perlumbaan basikal dicatatkan di bahagian hemisfera selatan macam Brazil, Bolivia dan Australia.
Mungkin mereka ni terer sangat sampai boleh ‘lawan’ Coriolis Effect, atau cuma dah terbiasa?
Sumber: UCI, BBC | SiakapKeli