Seterika Tiada Di Homestay, Suami Gigih Licinkan Tudung Isteri Guna Cerek Elektrik

Menjadi satu masalah besar buat kaum wanita yang berhijab apabila mana-mana tempat yang mereka menginap tidak mempunyai seterika.

Lebih-lebih lagi jika mahu menggunakan segera kerana jika keluar dengan tuding tidak menjadi, pasti mood bergembira bakal hilang.

Hal ini samalah yang dirasai seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @eja2110 apabila homestay yang diduduki bersama keluarga tidak menyediakan seterika dan kaunter pertanyaan juga tutup memandangkan sudah malam.

Bantu isteri licinkan tudung

Jadi, bagi mengelakkan tudung sang isteri tidak menjadi apabila keluar nanti, suami kepada pengguna TikTok itu telah mengunakan alternatif lain untuk melicinkan tudung @eja2110.

@eja2110gara2 iron takdop kat homestay, kaunter tutup masa nak ambik 😂. terima kasih syg. Nak bagi buah hati syantik pakai tudung kemas. ahhh gittewwww 😘.

♬ Love Me – adi

Panaskan air dan lalukan di atas cerek

Dapat dilihat suaminya telah memanaskan air dan melalukan tudung dipermukaan cerek untuk memastikan kawasan yang mempunyai garisan terkena wap panas dari air yang di dalam cerek tersebut.

@eja2110Kettle utk masak air ❌kettle utk iron tudung ✔️ #APlus1111Dance #fyp #fypdongggggggg @anip214

♬ Oh No – Kreepa

Tak terfikir pula cara macam ni

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui yang mereka juga baru mengetahui cara tersebut boleh membantu untuk melicinkan tudung atau pakaian.

Mereka juga turut memuji tindakan sweet suami pengguna TikTok itu yang memastikan tudung isterinya tetap menjadi ketika sedang menikmati percutian

 

Tak kisah nak pakai tudung kedut tapi suami nak tolong

Suami tahu perempuan akan badmood kalau tudung tak jadi

Gigihnya suami dia

Bijak2, nanti anak2 mesti bertambah bijak

Sweet betul suami macam ni

Sumber: TikTok @eja2110

Artikel Berkaitan   Agrobank Lancar Program Pinjaman Khas Untuk Agropreneur Wanita