Penagih Dadah Ada Masalah Mental Kelar Leher Ibu Sebelum Maut Digilis Lori

Seorang wanita warga emas dikenali sebagai Sarah Jon, 70 dilaporkan meninggal dunia dengan kesan kelar di leher sedalam lima inci (12.7 sentimeter) dan kecederaan di telinga juga di tangan.

Mayat wanita tersebut itu ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya di Kampung Batu 5, Gurun.

Anak meninggal dunia digilis lori

Menerusi laporan dari Harian Metro, wanita tersebut dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sendiri berusia 31 tahun sebelum pemuda itu dimaklumkan turut meninggal dunia apabila motosikalnya digilis lori kira-kira 1 kilometer dari rumah mereka.

ADVERTISEMENT

Temui peralatan menghisap dadah dirumah

Dalam kenyataan tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu bahawa menerima laporan dari orang awam kira-kira jam 7.30 pagi selepas menemui mayat wanita berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kelar sedalam lima inci (12.7 sentimeter) dan juga terdapat beberapa peralatan menghisap dadah dipercayai milik anak lelaki mangsa.”
“Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kesan pecah dan pada masa sama kita menerima maklumat berkaitan seorang lelaki maut digilis lori kira-kira satu kilometer daripada rumah wanita warga emas berkenaan,” katanya.

Kerap bergaduh kerana minta duit dari ibu

Menerusi info dari orang ramai, anak beranak ini memang tinggal berdua sahaja di dalam rumah tersebut dan dimaklumkan memang kerap bertengkar kerana pemuda itu selalu meminta duit dari ibunya untuk membeli dadah.

“Kali terakhir pertengkaran dikatakan berlaku malam tadi dan didengari jiran serta saudara yang tinggal berhampiran.”
“Suspek dikatakan mengalami masalah ketagihan dan meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah,” kata Adzli.

Ada rekod jenayah lampau & penyakit mental

Lelaki berkenaan yang berkerja sebagai penoreh getah difahamkan belum lagi berumah tangga dan mempunyai enam rekod jenayah lampau bersabit kes dadah serta seorang pesakit mental.

Artikel Berkaitan   “Muka Lembut Je, Tenang Tengok…,”- Izreen Azminda Dedah Wajah Anak Bongsu, Nama Ali Idrees Jadi Pilihan

Setakat ini, mayat dua beranak tersebut telah di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Sungai Petani untuk bedah siasat.

“Berdasarkan sisa syabu yang masih ada bersama peralatan menghisap dadah, kita tidak menolak kemungkinan dia menghisap dadah di rumah berkenaan dan diketahui ibunya.”
“Mayat dua beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Sungai Petani untuk bedah siasat dan setakat ini, kes dianggap selesai,” jelas Ketua Polis Daerah Kuala Muda.

Sumber: Harian Metro (Izad Thaqif Hassan), kredit foto FB Penduduk Guar Chempedak