Sharifah Sakinah Belanja Gambar Dalam Tab Mandi, Netizen Suruh Segera Tauba

Lama tak mendengar cerita berkaitan selebriti popular, Sharifah Sakinah apabila sebelum ini memutuskan untuk ke luar negara bagi mendapatkan rawatan penyakit berkenaan masalah berkaitan mental yang dihadapi.


Kembali ke set pengambaran

Kini, Sharifah Sakinah memaklumkan telah kembali ke set pengambaran drama apabila memuat naik foto terbaru dengan kapsyen menyatakan hal tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakannya yang menyertakan sekali gambar sedang berendam di dalam tab mandi.

Harap dapat terima teguran

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang dilihat menasihati aktres berkenaan supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar yang ingin dimuat naik.

Mereka juga seperti biasa menegur penampilan pelakon berkenaan yang dilihat agak tidak sopan terutamanya bergelar wanita Melayu Islam.

 

“Dunia akhir zaman”

 

“Tubuh dijadikan bahan tontonan umum”

Terdahulu, pelakon drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini telah terbang ke luar negara untuk merawati penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihidapinya sekitar pertengahan tahun ini.

Namun, selepas beberapa bulan berada di sana, dia dilihat sudah kembali ke Malaysia dan akan memulakan semula pengambaran.

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah