Persahabatan yang akrab biasanya akan membuatkan kita terkesan andai salah seorang daripada kita terpaksa berpisah buat sementara waktu atas pelbagai urusan.
Hal ini biasanya berlaku selepas masing-masing mulai menyambung pelajaran ataupun tuntutan kerjaya yang perlu berpisah dalam tempoh waktu yang lama.
Susah nak cari kawan susah senang
Hal ini samalah dirasai oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @abxrhsn apabila memuat naik momen dimana rakan mereka yang perlu melaporkan diri ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dalam tempoh enam bulan untuk mengejar cita-citanya.
@abxrhsnDunia skrg, kawan mmg ramai tp yg betul2 ada dgn kita bila diperlukan tu susah nk cari ☺️ #seribukemanisan #pulapolkl #fyp #simpansini ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza
Selalu lepak sesama
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah rakan-rakan yang lain turut serta menghantar pemuda tersebut dan masing-masing juga tidak dapat mengawal sebak apabila perlu berpisah buat sementara.
Menurut pengguna TikTok, mereka semua begitu akrab dan kerap lepak bersama terutamanya ketika masing-masing mendapat cuti.
Harap nanti dah berjaya jangan lupa sahabat2
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa sebak apabila melihat semangat persahabatan mereka yang begitu kuat lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa.
Mereka juga berharap ikatan pertemanan mereka akan kekal sehingga akhir hayat kerana memang sukar mencari rakan sejati yang sanggup menangis bersama-sama kita.
Ramai yang menangis sama
Sahabat bersedih tak ramai sekarang
Jarang ye lelaki nak nangis untuk kawan
Seronok tengok ada kawan2 macam ni
Semoga persahabatan korang kekal hingga ke syurga
Sumber: TikTok @abxrhsn