Hael Husaini Dituduh ‘Clubbing’ Di Korea, Pengurus ‘Buru’ Penyebar Fitnah

Nama penyanyi Hael Husaini rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Karya-karya hebatnya sudah terbukti mendapat tempat di industri muzik negara apabila sudah beberapa tahun memenangi Anugerah Juara lagu (AJL) saban tahun.


Baru-baru ini, penyanyi tersebut dikhabarkan terbang ke Korea Selatan atas urusan kerja selepas penerbangan antarabangsa dibuka.

Tuduhan yang berat

Namun begitu, terdapat khabar angin yan kurang enak di dengar apabila ada seorang pengguna Twitter yang mengakui dirinya merupakan pelajar Malaysia menuntut di Korea Selatan mendakwa melihat Hael Husaini berhibur sakan di kelab hiburan gay di Itaewon.

Manager dah respon

Perkongsian tersebut menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi warga Twitter sehingalah manager kepada penyanyi itu memberi respon berkenaan dakwaan tidak berasas terbabit.

Menerusi potongan video IG live yang dimuat naik kembali akaun peminat Hael, manager penyanyi berkenaan telah memaklumkan akan mengambil tindakan keatas individu yang menyampaikan berita tak sahih tersebut.

@hhaelhusaini.fans😉

♬ original sound – Him – Him

Team Hael dah ambil tindakan

Walaupun ciapan tersebut sudah dipadam, namun ia sama sekali sudah terlambat kerana segala maklumat diri pelajar tersebut sudah diketahui dan ia akan mengambil tindakan diatas tuduhan berkenaan.

Tak pasal2 dapat dosa kering

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, kebanyakan peminat penyanyi itu tidak mahu menjatuhkan hukum sesuka hati kerana apa yang ditulis oleh individu terbabit di laman Twitter langsung tidak mempunyai bukti yang sahih.

Mereka juga meminta sesetengah pihak supaya tidak sesuka hati melemparkan fitnah kerana boleh mendatangkan salah faham serta dosa besar andai apa yang diperkatakan tidak tepat.

Kalau tak pasti jangan perbesarkan

Sumber: Twitter @aqil989, TikTok hhaelhusaini.fans