Penampilan Siti Nurhaliza Curi Perhatian Lagi, Netizen Cari Harga Tudung Rupanya Sehelai RM4,100

Sebelum ini, jam tangan mewah bernilai jutaan ringgit milik penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tular di media sosial.


Kali ini, Siti sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tudung digayakannya menjadi perhatian utama.

 

Tudung harga RM4,100

 

Siti atau lebih mesra disapa dengan Tokti telah membuat persembahan pembukaan jualan Shopee bersempena dengan 11.11 pada Khamis.

Mengenakan sepasang ‘suit’ berwarna oren, Tokti memilih selendang dari jenama mewah bagi melengkapi penampilan dirinya.

Menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @BAD_ARSILA, dia telah membuat semakan harga tudung tersebut.

Difahamkan, tudung dari jenama Christian Dior, D-Oblique Shawl, itu berharga RM4,100.

Paling juara!

Dalam pada itu, pelantun lagu Anta Permana turut mendapat pujian daripada peminat yang menyukai dengan imej yang ditonjolkan. Ruangan hantaran di Instagram (IG) miliknya dipenuhi dengan komen pengikut yang terpukau melihat kecantikan dirinya.

@arifeddy: Cantik sangat. Love this look. Harap dikekalkan for the comeback.

@raymondraj_official: Stunning seperti selalu.

@aimimiloma: Mak terpelanting nok! Siti Nurhaliza queen!

@umarnurfitri: Cantik sangat!

@minnleyy: Cantiknya. Letupan!

Sumber: Twitter @BAD_ARSILA, Instagram @ctdk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:OHBULAN