Nak Sahkan Kematian Jam 2 Pagi, Petugas Kesihatan Jumpa Pocong Diri Tengah Jalan

Setiap pekerjaan pasti ada risiko tersendiri yang harus ditanggung. Sama ada membahayakan diri ataupun menganggu emosi, ia tetap satu dugaan yang harus ditempuh demi mencari rezeki.


Kejadian seram awal pagi

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang juga merupakan petugas kesihatan apabila memuat naik satu rakaman video memperlihatkan rakaman sosok pocong berdiri di hadapan sebuah rumah.

Ada panggilan pukul 2 pagi

Dalam ciapan yang dibuat oleh pengguna menggunakan nama akaun @mtbgaaa, dia memaklumkan kejadian yang berlaku oleh temannya sewaktu oncall sekitar jam 2 pagi. Pada masa itu pihak mereka mendapat panggilan dari call centre berkenaan kematian seseorang dan perlu mengesahkan kematiannya.

Ramai orang dekat kediaman si mati

Jadi, dia bersama pemandu ambulans bersiap dengan sut PPE untuk ke lokasi yang dinyatakan pada awal pagi tersebut.

Disebabkan ramai tetamu yang mulai menziarahi si mati, jadi ambulans sukar untuk masuk ke kawasan rumah kerana sudah ada kenderaan-kenderaan yang parkir di situ. Jadi mereka memberhentikan ambulans agak jauh dari rumah namun masih kelihatan.

Berdiri tengah jalan

Ketika pemandu ambulans mahu bergerak masuk ke rumah yang ada kematian, dia telah terlihat sosok menyeramkan seperti pocong di tengah jalan dengan jelas disebabkan terkena sinaran lampu jalan.

Balik tu baru driver cerita

Tambah @mtbgaaa lagi, disebabkan pemandu ambulans jenis ‘hati kering’, dia terus mengeluarkan telefon bimbit dan merakam penampakan tersebut sebelum terus masuk ke dalam rumah tanpa bercerita kepada sesiapa.

Namun, dalam perjalanan pulang, barulah dia menceritakan hal tersebut dan menunjukan rakaman yang berjaya diambil sebagai bukti cerita yang disampaikan.

Lokasi sebenar tak dapat nak beritahu

Pengguna Twitter itu juga memberikan kredit kepada dua orang rakannya yang mengalami kejadian tersebut kerana tetap cekal menjalankan tugas walaupun menempuh pengalaman yang cukup menyeramkan andai kita mengalami sendiri situasi seperti itu.

Walau bagaimanapun, @mtbgaaa yang bertugas sebagai medical assistant (MA) ini memohan maaf kerana tidak dapat mendedahkan lokasi sebenar dan identiti jenazah yang mereka kunjungi untuk mengesahkan kematian itu.

Sumber: Twitter @mtbgaaa