Pelik Anak Diam Je, Ibu Terkejut Anak Tengah Buat ‘CPR’ Dekat Ikan Mentah

Tidak dinafikan setiap ibu bapa pasti akan melalui saat pahit manis bersama anak mereka yang tersayang.

Terutamanya yang sedang menginjak usia, kadang-kadang dengan telatah dan ragam mereka ini lah yang membuatkan ibu bapa tidak kering gusi melayan.

Ambil ikan tanpa pengetahuan ibu

Menerusi video yang telah dimuat naik di TikTok oleh seorang wanita dikenali sebagai Pipie Eycka, berkongsi momen yang tidak akan dilupakan apabila melihat anaknya bermain dengan ikan mentah!

Anaknya dikatakan mengambil ikan tersebut secara diam-diam dan menyangka ianya sebuah mainan. Menerusi video tersebut dapat dilihat kanak-kanak itu mencium ikan tersebut.

Dia sendiri ambil ikan tu tanpa pengetahuan saya, dia fikir ikan itu mainan

Difahamkan, selepas kejadian berkenaan wanita itu segera membersihkan anaknya untuk memastikan kebersihan terjaga.

Video ini di ambil secara tidak sengaja ya, selepas saya stop record, saya terus bagi mandi anak saya untuk kebersihan

Panjang akal

Lebih menarik lagi apabila netizen mengatakan bahawa anak kedua mereka turut mempunyai gelagat yang sama seperti anak wanita berkenaan. Walau bagaimanapun, si ibu menyatakan yang anak kedua sememangnya panjang akal dan sering melakukan perkara yang tidak dijangka. Ada juga yang berseloroh kanak-kanak itu sebenarnya sedang melakukan bantuan pernafasan kepada ikan.

Video yang berdurasi selama 18 saat itu meraih lebih 266 ribu tontonan dan mendapat lebih 16 ribu tanda suka.

Video penuh:

@pipieeycka #fypage #fyp ♬ Oh No – Kreepa

Aduhai anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net terhibur dengan video yang dikongsikan. Malah ada di antara mereka yang turut berkongsikan pengalaman mereka sebagai ibu melayan telatah anak masing-masing.

Artikel Berkaitan   Cara Buat Roti Jala Coklat, Lain Daripada Yang Lain Rasanya

Sumber: Pipie Eycka

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:OHBULAN