Abang Imbau Insiden Hilang 2 Adik Akibat Kebakaran -“Kalau Malam Tu Aku Tak Keluar”

Kehilangan orang tersayang disebabkan kemalangan sememangnya sangat menyakitkan. Mana tidaknya, mereka yang pada awalnya bergelak ketawa dengan kita tiba-tiba sahaja sudah tidak bernyawa lagi.


Kejadian 2 tahun lalu

Hal ini samalah dirasai oleh seorang pemuda yang memuat naik satu video di aplikasi TikTok dengan mengenang semula pemergian dua orang adiknya disebabkan kebakaran rumah.

Pemuda yang menggunakan nama akaun @imanmuqriz47 ini telah memuat naik beberapa momen bersama adik-adik perempuannya sebelum kejadian tidak diingini tersebut berlaku.

@imanmuqriz47Kalau lah masa boleh diputarkan balik 😉 . Al-fatihah buat adik adik abang🥰❤️

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Redha namun ralat

Sama sekali tidak menyalahkan takdir yang telah berlaku, @imanmuqriz47 hanya meluahkan rasa ralat diatas pemergian tersebut memandangkan ketika kejadian dia tidak ada di rumah.

Walaupun kejadian tersebut telah dua tahun berlalu, ingatannya terhadap adik-adik tersayang masih utuh dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan allahyarham di alam sana.

Perkongsian yang dibuat oleh pemuda berkenaan telah tular dan mendapat perhatian ramai setelah ditonton lebih dari 800 ribu orang di TikTok.

Janganlah salahkan dia. Dia cuma meluahkan

Rata-rata menzahirkan rasa dukacita dan mendoakan agar roh allahyarham adik-adik pengguna TikTok itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan menegur sesetegah pihak yang mempertikaikan perkataan ‘kalau’ digunakan oleh pemuda tersebut bagi meluahkan rasa ralatnya.

Mereka ditemui bersebelahan

Masih tak percaya yang berlaku

Jangan salahkan diri sendiri bang

Takziah bro. Semoga kuat

Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Terima kasih semua

Pengguna TikTok itu juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menitipkan pesanan untuknya terus kuat dan penghargaan kepada mereka yang sudi menyedekahkan al-Fatihah untuk adik-adiknya.

Sumber: TikTok @imanmuqriz47